Tips Menjawab Item Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sains
Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kertas PT3 Sains 2014 terdiri daripada kira-kira 30-50% soalan (item) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT atau HOTS). Hal ini kerana Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk meningkatkan taraf pencapaian anak murid kita dalam TIMSS 2015 yang akan datang. TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) merupakan kayu ukur status pencapaian akademik negara kita dengan negara-negara yang lain, termasuk China, Singapura, Canada, Finland, Korea, Australia dan sebagainya.
Berikut adalah teknik menjawab soalan-soalan KBAT (HOTS) yang umum. Cikgu akan sediakan manual menjawab yang lebih lengkap pada masa akan datang:
Langkah 1
Baca soalan dengan teliti. Gariskan kata tugas yang digunakan dalam tajuk pokok soalan seperti: Analisiskan, bangunkan, buktikan, cadangkan, ciptakan, cerakinkan, deduksikan, hubungkaitkan, illustrasikan, kemukakan, nilaikan, tafsirkan, syorkan, wajarkah, dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa contoh teknik penyoalan item dalam soalan PT3 Sains 2014:
1) Adakah ini berlaku sekiranya....?
2) Andaikan anda seorang ahli sains, syorkan dua strategi yang boleh diambil.....
3) Nyatakan dua faktor yang relevan dengan...
4) Terangkan idea utama yang ingin dikaji dalam eksperimen ini...
5) Bagaimanakah lagi anda boleh lakukan untuk memperbaik...
Kebanyakan item PT3 Sains 2014 akan mempunyai rangsangan/stimulus, iaitu maklumat khusus dalam bentuk petikan pendek, rajah, jadual, graf, dan lain-lain.
Langkah 2
Memahami betul-betul kehendak kata tugas tersebut. Setiap soalan disusuli markah (poin). Soalan yang diberi markah 1 memerlukan satu respon yang wajar, manakala soalan yang bermarkah 2 pula memerlukan dua atau tiga respon yang wajar.
Semasa berikan jawapan (respon), pastikan anda berikan respon dalam bentuk fakta sains yang telah anda pelajari, disusuli dengan huraian yang sepadan.
Fungsi huraian adalah sebagai pernyataan sokongan (support statement) bagi fakta yang anda kemukakan itu.
Contoh item
Pada pendapat anda, bagaimanakah peningkatan suhu dan mengurangan nilai pH air laut dapat mempengaruhi jumlah populasi batu karang di dalam lautan? [4 markah]
Contoh respon
Apabila suhu air laut meningkat, keterlarutan oksigen dalam air akan menjadi kurang. Maka, kuantiti oksigen terlarut dalam air juga berkurang dan menjejaskan pertumbuhan batu karang. Apabila nilai pH air laut berkurang, iaitu air laut menjadi lebih berasid, batu karang akan mati. Hal ini kerana batu karang ialah sebatian kalsium yang boleh bertindak balas dengan asid dan dikakisnya.
Marilah cuba soalan-soalan KBAT
Anda bolehlah mencuba soalan-soalan KBAT (HOTS) mengikut topik dalam buku-buku ini:
1) Big Ideas Reference Text Science Form 1 terbitan Oxford Fajar (sudah ada di pasaran)
2) Big Ideas Reference Text Science Form 2 terbitan Oxford Fajar (sudah ada di pasaran)
3) Big Ideas Reference Text Science Form 3 terbitan Oxford Fajar (akan datang September 2014)
Klik di sini untuk melihat contoh soalan PT3 Sains
Selamat mencuba!
0 Response to "Tips Menjawab Item Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sains"
Catat Ulasan