Kelas Bimbingan Malam 2011

Assalamualaikum..

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi sihat dan dapat meneruskan kehidupan dengan sejahtera. Memandangkan keputusan peperiksaan yang agak lemah pada peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini, pihak panitia telah mengambil beberapa pendekatan proaktif bagi mengatasi masalah ini. Kelas tambahan malam adalah satu pendekatan tambahan bagi mengatasi masalah ini. Suasana malam yang agak sunyi menghasilkan satu persekitaran baru kepada pelajar. Cuma pelajar hendaklah meminta kebenaran ibubapa dahulu untuk menghadiri kelas ini kerana faktor keselamatan. Kelas tambahan malam anjuran saya sendiri ini hanya menghadkan kepada 50 orang pelajar sahaja. Bahan akan dicetak untuk 50 set sahaja. So first come first serve. Butiran kelas adalah seperti berikut:

Nama program: Kelas Bimbingan Malam
Masa: 8.15 malam hingga 9.45 malam
Tarikh: 4 July 2011 (form 3), 11 July 2011 (form 5), 18 July 2011 (form 3) dan 25 July 2011 (form 5) (bergilir)

Modul dan skema akan diupload dalam masa terdekat. Diharapkan kehadiran pelajar mencapai sasaran. Suka diingatkan tiada bayaran dikenakan kepada pelajar.

PMR
Modul Bimbingan PMR 3 Skema

SPM
Modul Bimbingan SPM 3 Skema

Berilmu untuk Berjasa

Mari Pakat Jaga Taman Sains Kita.

Asssalamualaikum...

Alhamdulillah pada hari sabtu 18/6/2011, sekumpulan pelajar SMK Ungku Husin daripada tingkatan 3A telah bersama-sama membersihkan Taman Sains sekolah yang agak tidak terurus. Hasilnya lanskap taman Sains sekolah kembali ceria dan bersih. Pelajar-pelajar lain boleh mencontohi pelajar tingkatan 3A yang menjalankan program khidmat masyarakat ini dengan ikhlas.

Berilmu untuk Berjasa




Powered by Blogger