Program Kecemerlangan 3RK 2012

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia


Panitia sains SMK Ungku Husin akan menjalankan program kecemerlangan akademik seperti yang dirancang di dalam takwim tahunan sekolah dengan mengadakan program bengkel sesi pertama khas untuk pelajar tingkatan 3RK. Program ini akan menggunakan modul ' capai kecemerlangan' yang disediakan oleh saya sendiri. Pada tahun ini, pelajar akan dikelaskan mengikut 3 tahap pencapaian iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Diharap dengan pengubahsuaian yang dilakukan panitia akan melonjakkan lagi pencapaian matapelajaran Sains sekolah ini.

Program: Bengkel kecemerlangan pelajar RK
Modul: Capai Kecemerlangan 2012
Moderator: Rosdan Kamarulzaman, Faridah Othman, Siti Farah Ibrahim dan Rosmah Yusoff
Masa: 8.00 pagi - 1.30 tgh
Tempat: Bilik Komputer Abdul Ghafur SMK Ungku Husin
Jumlah Pelajar: 70 orang

Berilmu untuk Berjasa

Powered by Blogger