Pelan Strategik Sains 2011

Assalamualaikum Cikgu Sains SMK Ungku Husin. Pelan strategik sains ini telah dirancangkan sebelum cuti akhir tahun 2010 dan boleh di dapati di sini, fail panitia sains dan buku pelan strategik sekolah di bilik ketua bidang. Pelan ini akan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia pertama 2011 yang dijadualkan akan diadakan selepas mesyuarat kurikulum di Dewan Besar Zubedah pada jam 11.00 pagi pada 28hb Disember 2010. Untuk mendapatkan pelan strategik ini, guru boleh klik di sini.

Maklumat Plan-J

Assalamualaikum, maklumat berkenaan Plan-J telah saya upload dan guru boleh download dengan ke ruangan edaran.

Bicara Pengarang: Selamat Bersara Tuan Pengetua.

Termenung sendirian takkala selesai meracun rumput di belakang rumah baru aku di kampung Berangan Tumpat, aku mendapat panggilan telefon daripada Sekolah. 'Ehh apa hal pulak ni sekolah telefon'... cepat-cepat aku menggangkat telefon dan kerani sekolah kata aku telah mendapat tawaran untuk mengisi jawatan guru cemerlang dan kena hadir ke PPD 8hb Disember 2010 Jam 3.00 petang. Alhamdulillah, syukurnya kepada tuhan, usaha ku berhasil juga. Dua kali aku memohon untuk dapat jawatan GC ni, kali pertama gagal... biasala tak tahu lagi selok belok permohonan. Ingatkan dah tak nak mintak dah GC ni...teringat lagi kata pengetua "Rosdan buat yang terbaik kali ini, jangan gagal lagi", Apa lagi Big Boss dah bagi green light, mintak jer la.. tut..tut dapat. Syukur sangat, walaupun permohonan ku untuk berpindah ke Kelantan gagal buat kali yang ke-4, tetapi dengan dengan sedikit berita gembira ini terubat juga luka di hati. Tapi perjuangan untuk mengajar di kampung halaman belum selesai, akan ku cuba lagi sampai dapat. Ntah kenapa, pada masa ini kuat terbayang di fikiran ku Tuan Pengetua. Yang ku maksudkan Cik Hajah Zubedah. Aku bukan nak bodek ex-Boss, tetapi kerana beliaulah aku berjaya mendapat GC Sains ini. Masih ku ingat sewaktu awal kedatangan beliau ke sekolah ini, kerap kali aku ditegur beliau kerana kecuaian dan ketidakcekapan ku menjalankan tugas sebagai KPS Sekolah. Fuh pedas juga sekali sekala suara macam laser singgah dekat telinga ni.. kalau mak bapak marah kita lain rasanya. Tetapi kenapa yer aku rasa semacam ada aura aje Pengetua aku ni, pernah sekali tu aku geram sangat dengan beliau kerana memberiku markah prestasi yang rendah pada tahun 2009. Fuh bukan main lagi semangat berkobar-kobar ni nak menuntut hak la kononnya.. Bila masuk jer bilik beliau, aii tuhan jer la yang tahu. Kecut beb.. Terkebil-kebil duduk dekat kerusi, siap dengar nasihat lagi daripada beliau. Fuh hebat, sememangnya beliau memang hebat. Patutlah beliau disegani di Daerah Mersing mahupun di Negeri Johor. Sememangnya, orang seperti beliau sukar dicari ganti. seorang yang tegas, keras dan berprinsip. Yer keras woi...tapi ada lembutnya.. bila kena gaya. Seorang yang berani melakukan perubahan demi kebaikan semua.. dan yang paling penting sekali orang yang telah menolongku dalam meniti karierku sebagai seorang guru. Kekadang bila tidak mendengar suara beliau terasa sunyi pulak, Macam mesyuarat profesional pertama, terasa sunyi jer. Tak ada dah leteran dan ayat-ayat berbisa kedengaran. Walau apapun terima kasih tuan pengetua atas jasa mu yang telah dicurahkan. Akan ku kenang jasamu hingga ke akhir hayat. Selamat bersara Tuan, semoga Allah s.w.t memberikan kesihatan yang baik dan keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin..

Analisis Keputusan PMR 2010 Daerah Mersing

Assalamualaikum w.b.t. Keputusan PMR 2010 telah diumumkan dengan berita gembira yang sekali lagi melakar sejarah PMR daerah Mersing umumnya dan SMK Ungku Husin khussusnya selepas prestasi cemerlang pada tahun 2009. Bagi matapelajaran Sains, terdapat peningkatan dari segi bilangan yang mendapat A dan peratus lulus. Bilangan pelajar yang mendapat A dalam matapelajaran Sains meningkat ke angka 56 orang dan peratus kelulusan meningkat daripada 91.61% kepada 92.83%. Tahniah kepada warga pendidik Sains sekolah kerana berjaya meningkatkan prestasi pelajar. Teruskan usaha pada tahun hadapan agar SMK Ungku Husin berjaya dengan lebih gemilang. Klik di sini untuk pautan analisis PMR sekolah dan daerah.

Cadangan Tarikh Peperiksaan (Mersing) 2011

Assalamualailaikum, berikut merupakan tarikh cadangan peperiksaan di daerah Mersing pada tahun 2011. Segala persoalan dan cadangan boleh ke Blog Mersing Hebat.

Tajuk Ramalan Sains Teras SPM 2010

Ini adalah tajuk-tajuk ramalan yang dijangka akan disoal dalam soalan Kertas 2 Sains SPM 2010. Cikgu harap pelajar dapat mengulangkaji subtopik ini kerana sumber ini daripada penggubal soalan SPM kebangsaan.

Soalan 1: Kekonduksian elektrik sebatian ion.
Soalan 2: Kereaktifan logam.
Soalan 3: Sinar cahaya kanta .
Soalan 4: Pembiakan bakteria.
Soalan 5: Inersia & Mometum.
Soalan 6: Roket & Jet.
Soalan 7: Pita detik.
Soalan 8: Penapis cahaya.
Soalan 9: Tekanan.
Soalan 10: Pempasturan susu.
Soalan 11: Aids.
Soalan 12: Kesan Rumah Hijau.
Soalan 13: Konsep LOGAM

Pelajar boleh menjadikannya sebagai rujukan untuk study last minute, mana lah tahu soalan ni keluar. Kalau tak keluar janganlah salahkan Cikgu Dan. Namanya pun soalan ramalan kan. Selamat belajar dan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada semua pelajar terutamanya student Cikgu Dan di tingkatan 5T1 dan 5T2.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1,2 dan 4 & Percubaan ke-2 SPM


Guru boleh mendapatkan jadual peperiksaan dengan memuat-turun di sini.

Gambar Majlis Kecemerlangan Pelajar 2010

Tajuk: Majlis Kecemerlangan Pelajar 2010

Tarikh: 20 Oktober 2010
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Besar Zubedah SMK Ungku Husin

Latihan Program Elit SPM Sains 2010

Perhatian kepada guru Sains yang terlibat dengan program Elit SPM 2010. Di sini saya mencadangkan beberapa soalan percubaan yang boleh guru gunakan untuk sesi perbincangan dengan pelajar berhubung program berkenaan. Guru boleh memuat-turun soalan percubaan di sini.

Program Elit 1 : Percubaan Sabah 2010 Plus Skema
Program Elit 2 : Percubaan Kelantan 2010
Program Elit 3 : Percubaan Pahang 2010 Plus Skema
Program Elit 4 : Percubaan Terengganu 2010 Plus Skema
Program Elit 5 : Percubaan Perak 2010 Plus Skema
Program Elit 6 : Percubaan Negeri Sembilan 2010 Plus Skema
Program Elit 7 : Percubaan Kedah 2010 Plus Skema

Sila print dalam bentuk landscape dan photostat depan belakang bagi menjimatkan kos percetakan. Terima kasih.

Mesyuarat dan Pelancaran Program Elit dan Teman Belajar SPM 2010

SMK Ungku Husin sekali lagi mengatur langkah positif bagi meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah dengan melancarkan program Elit dan Teman Belajar SPM untuk tahun 2010. Program ini mirip program perkampungan PMR yang selesai dengan jayanya sesudahnya peperiksaan PMR selesai. Seperti program perkampungan PMR sebelum ini, program ini disambut baik oleh rata-rata warga pendidik di sini dan masing-masing akur dengan tugas. Syabas guru SMK Ungku Husin. Pihak pentadbir mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Koperasi SMK Ungku Husin iaitu En. Ibrahim b. Daud yang sedia menyumbang RM 1000 bagi menjayakan program ini. Wakil PIBG SMK Ungku Husin, En Zulhilmi juga turut menerima pujian daripada pihak pentadbir atas sumbangan, baik dari segi wang ringgit mahupun kerjasama yang diberikan oleh pihak PIBG bagi menjayakan beberapa program sekolah. Pelawat boleh melihat Jadual perjalanan program dengan klik pada pautan di bawah.

Jadual Program Elit SPM *Baru
Jadual Program Teman Belajar SPM

Bank Soalan SPM

Kepada pelawat terutamanya student SPM Cikgu Dan. Anda boleh lawati laman Bank Soalan SPM dengan klik di sini.

Bagi yang ingin mendapatkan modul JUJ terbaru 2010 sila ke ruangan Bank Modul atau klik di sini.

Soalan Gerak Gempur (GG) SPM 2010 Negeri Perak

Jabatan Pelajaran Negeri Perak Darul Redzuan telah melancarkan gerak gempur (GG) bagi meningkatkan pencapaian pelajar di negeri ini. Pelawat boleh melawati laman berkenaan dengan klik pada tajuk blog. Bagi pelawat yang ingin mendapatkan soalan gerak gempur Sains SPM (kertas 2 shj) bolehlah klik di sini untuk download. Bersama-sama kita meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar kita.

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin

SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR."Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik."Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan. "Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.
Rujukan http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UPSRkekal_PMRdigantipenilaiansekolahmulai2016_Muhyiddin/Article
Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November

2010/09/30

KUALA LUMPUR: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lalu.

Katanya, pindaan tarikh itu juga dimuat turun di laman sesawang LPM pada minggu pertama bulan Jun lalu, sementara jadual waktu peperiksaan SPM yang baru sudah pun dicetak dan dihantar ke semua Jabatan Pelajaran negeri untuk diedarkan ke semua sekolah menengah pada 23 Julai lalu.

Kementerian itu berkata, pemindaan tarikh peperiksaan itu dibuat berikutan langkah kerajaan Johor mewartakan 22 November sebagai cuti umum negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Dengan itu, peperiksaan SPM tahun ini akan bermula dari 23 November dan berakhir pada 20 Disember 2010, katanya. - BERNAMA

Pelaksanaan PEKA Tingkatan 4 - Exothermic and Endothermic Reaction

Pada minggu ke-33, pelajar tingkatan 4K3 dan 4T3 telah selesai melaksanakan PEKA mereka yang ke-2 mengenai tindakbalas eksotermik dan tindakbalas endotermik. Pelaksaannya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Pelajar boleh melihat contoh laporan amali dengan klik di sini. (sebagai rujukan).


Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Percubaan SPM 2010


Klik pada gambar di atas untuk headcount Sains SPM

Perhatian kepada guru yang mengajar tingkatan 5. Satu mesyuarat Post Mortem Percubaan SPM 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 28 September 2010
Hari: Selasa
Masa: 1.30 tengahari
Tempat: Pusat Sumber SMK Ungku Husin
Pengerusi: Tuan Pengetua, Hjh Zubedah bt Hj Othman.

Mesyuarat akan membincangkan khusus mengenai pencapaian pelajar dan Headcount dalam peperiksaan percubaan SPM 2010. Diminta agar guru tingkatan 5 tidak menguzurkan diri.

Program Salam Permata Mersing 2010

Al-Hamdulillah, jutaan syukur kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia serta izinnya, Program Salam Permata Mersing telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Mersing di Dewan SMK Ungku Husin Endau.

Pihak Sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PPD Mersing kerana sudi melawat sekolah kami yang agak jauh terperusuk di negeri Johor ini. Saya melihat program ini memberi banyak manfaat kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, terutamanya istilah perang kecil dan perang besar yang diutarakan oleh Tuan Hasan, PPD Bahagian Sekolah yang dilihat boleh merubah persepsi pelajar agar lebih serius dalam menghadapi peperiksaan. Juga ucapan yang penuh bermakna daripada PPD sendiri iaitu Tuan Azhar yang mempunyai intonasi suara yang cukup hebat. Teruskan usaha ini. Pihak sekolah dan Panitia Sains sangat menghargai sumbangan PPD ini. Teruskanlah, Mersing Hebat!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.


Assalamualaikum kepada semua warga SMK Ungku Husin dan pelawat blog ini. Di kesempatan ini Cikgu Dan ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfiti kepada semua kenalan dan pelajar yang muslim. Kepada student2 Cikgu Dan terutamanya di kelas 3A, jangan lupa peperiksaan PMR sudah dekat tinggal beberapa hari sahaja lagi. So jangan lupa belajar dan mengulangkaji pelajaran. Modul yang Cikgu Dan bekalkan untuk cuti jangan lupa siapkan. Untuk pelajar tingkatan 5T dan 5T2, pun jangan lupa mengulangkaji pelajaran, SPM bakal menjelma dan jaga diri baik-baik. Maafkan salah dan silap Cikgu Dan selama ini. Selamat Hari Raya semua....

Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010

Perhatian kepada semua guru dan pelajar SMK Ungku Husin. Pihak sekolah telah menetapkan tarikh sekolah ganti sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Butirannya adalah seperti berikut:

Selasa    14/9/2010

Diganti pada

Sabtu    28/8/2010    Jadual Selasa

Rabu    15/9/2010

Diganti pada

Sabtu    25/9/2010    Jadual Rabu

Jumaat    17/9/2010

Diganti pada

Sabtu    2/10/2010    Jadual Jumaat

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53

Pada 31 Ogos 2010 ini, negara kita sekali lagi akan menyambut Hari Kemerdekaan. Istimewanya sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah ia jatuh di dalam bulan Ramadhan. Tema Hari Kemerdekaan Kali ke 53 ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi. Selain dari menyambut Hari Kemerdekaan, negara juga akan menyambut Perayaan Hari Malaysia yang akan di sambut pada 16 September 2010. Pelawat boleh ke Portal Kemerdekaan Malaysia dengan Klik di sini.

Suasana sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah agak meriah dengan beberapa program yang dilancarkan seperti:

  1. Membina Jalur Gemilang terpanjang di Endau.
  2. Pertandingan melukis poster.
  3. Menghiasi sekolah dengan Jalur Gemilang.

Perkampungan PMR 2010

SMK Ungku Husin melancarkan Program Perkampungan PMR 2010 yang di jadualkan bermula pada 23.8.2010.

Matlamat Program:

  1. Memberi kesediaan kepada pelajar tentang kepentingan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan.
  2. Memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah calon-calon PMR 2010 sesuai dengan misi dan visi SMK Ungku Husin.
  3. Meningkatkan peratus kelulusan PMR kepada 80%

Objektif Program:

  1. Meningkatkan prestasi akademik pelajar Tingkatan 3 dalam semua matapelajaran
  2. Mendedahkan pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan PMR.
  3. Membentuk kumpulan belajar.
  4. Mewujudkan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
  5. Guru mata pelajaran membimbing pelajar memahami sukatan pelajaran mata pelajaran PMR

Pelawat boleh mendapatkan jadual tentatif program dengan klik di sini.

Mesyuarat JKD Panitia Sains Kali ke-2

Mesyuarat Panitia Sains Peringkat Daerah Mersing Kali ke-2 telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat: Bilik Profesional, SMK Mersing Johor
Masa: 2.30 petang
Tarikh: 19 Ogos 2010
Pengerusi: Pengetua Cemerlang SMK Mersing; Hjh Zaliha bt Ismail

Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti:

  1. Post Mortem SPM 2009
  2. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
  3. Pengagihan penyediaan soalan peperiksaan akhir tahun tingkatan 1,2 dan 4.
  4. Hal-hal lain

Terdapat beberapa permintaan oleh JK panitia sekolah. Antaranya adalah manual penyediaan amali PEKA. Guru boleh mendapatkan manual dengan ke ruangan Edaran atau klik di sini. Semoga dengan adanya manual ini, guru dapat melaksanakan PBS PEKA dengan sistematik dan betul.

P/S: Manual ini adalah versi 2008. Guru boleh mengubahsuai mengikut tahun semasa.

Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Perhatian kepada guru yang mengajar tingkatan 3. Satu mesyuarat Post Mortem Percubaan PMR 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18 Ogos 2010
Hari: Rabu
Masa: 1.30 tengahari
Tempat: Bilik Wawasan
Pengerusi: Tuan Pengetua, Hjh Zubedah bt Hj Othman.

Mesyuarat akan membincangkan khusus mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan percubaan PMR 2010. Diminta agar guru tingkatan 3 tidak menguzurkan diri.

Modul SOLAR Negeri Perak 2010

Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah melancarkan modul SOLAR yang merangkumi beberapa subjek khusus bagi meningkatkan pencapaian PMR negeri ini. Modul ini dilihat mampu meningkatkan peratus pencapaian matapelajaran Sains kerana intipati modul ini lebih banyak memberi manafaat kepada golongan pelajar galus.
Pelawat boleh mendapatkan modul dengan klik pada ruangan Bank Modul.

Panduan Pengurusan Pemangkuan & Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberikan panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam.
Klik untuk lihat pekeliling ini.
*Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 Tahun 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM 2010

Pejam celik... pejam celik peperiksaan percubaan di depan mata. Sebagai seorang pendidik cikgu amat berharap agar student2 cikgu membuat yang terbaik untuk masa depan masing-masing. Pelajar mesti ingat peperiksaan percubaan inilah yang dapat mengukur samaada kita akan berjaya atau kecundang kelak. Sekiranya pelajar gagal, masih ada masa lagi untuk berubah, dan sekiranya cemerlang, jangan lupa diri. Cikgu bekalkan kamu dengan doa agar kamu terang hati, mudah meneliti dan ringan tangan untuk menjawab semua soalan. Selamat berjaya pelajar PMR dan SPM SMK Ungku Husin.

Klik pada gambar di atas untuk Jadual Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM 2010

PMR and SPM Timetable 2010 !!!


I have googled and found the latest PMR and SPM Timetable 2010. Hope this will come in handy for all Form 3 and Form 5 students and teachers! Good luck in both PMR and SPM my dear SMK Ungku Husin Students!
Click here for the latest PMR timetable
Click here for the latest SPM timetable

FST Johor 2010 : Keputusan Penuh




FST Negeri Johor telah berlangsung pada 21 - 22 Julai 2010 di SMK Anjung Batu Mersing. Klik untuk keputusan penuh. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya ke peringkat Negeri Johor.

Permohonan Guru Cemerlang 2010

Permohonan Guru Cemerlang sesi 2 telah dibuka sekarang.
Permohonan mesti sampai ke Pejabat pada hari Isnin 19 Julai 2010 Jam 8.30 pagi.
Borang Pemohonan dan syarat-syarat boleh didapati daripada:
  • En Harun
  • Pn Sapiah Anim
  • En Sarip Aripen
  • En Othman

Borang permohonan juga boleh di muat turun dengan klik di sini

Buku Program FST Negeri Johor 2010


Sukacitanya, Panitia Sains SMK Ungku Husin sebagai AJK pengelola buku program FST Negeri Johor 2010 berjaya menyiapkan buku program seperti yang diarahkan oleh PPD / JPN. Terima kasih diucapkan kepada AJK Buku Program iaitu:
  • Cik Azlina Abdullah
  • En. Rosdan Kamarulzaman
  • Cik Nin Harlina Mohd Yusoff
Klik di sini untuk download contoh buku program ( Microsoft Publisher )
Klik di sini untuk download contoh templat ( Microsoft Publisher )

Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun

Perhatian kepada guru yang mengajar tingkatan 3 dan 5. Satu mesyuarat Post-Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Julai 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Wawasan
Pengerusi: Tuan Pengetua, Hjh Zubedah bt Hj Othman.

Mesyuarat akan membincangkan khussus mengenai pencapaian peperiksaan pertengahan tahun SPM dan PMR. Diminta agar guru tingkatan 3 dan 5 tidak menguzurkan diri.

Penyemakan Buku Latihan Sains

Perhatian kepada guru Sains yang terlibat, penghantaran buku latihan untuk semakan pengetua adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Julai 2010
Matapelajaran : Sains
Tingkatan : 3 dan 5
Tempat : Bilik Bidang
Jumlah Buku : Semua pelajar dalam satu kelas (satu jenis buku sahaja)
yang lengkap dengan borang SPSK PK 06/1 dan SPSK PK 06/2

Sila tandakan borang yang disediakan di atas meja bilik bidang sebagai bukti penghantaran.

Click di sini untuk mendapatkan borang SPSK 06/1 dan SPSK 06/2

Template FST Daerah Mersing 2010


Sukacitanya, Panitia Sains SMK Ungku Husin sebagai AJK pengelola buku program FST Daerah Mersing 2010 berjaya menyiapkan buku program seperti yang diarahkan oleh PPD. Pengunjung blog boleh memuat turun salinan dengan klik pada gambar di atas.

Kemaskini Fail Induk dan Semakan Silang Fail PEKA PMR dan SPM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Panitia Sains akan mengadakan Semakan Silang fail PEKA PMR dan SPM 2010. Diminta guru yang terlibat bersedia dan fail yang berkaitan hendaklah siap dikemaskini dengan sempurna.

Jadual pemantauan silang adalah seperti berikut:
Tarikh: 15 dan 16 Julai 2010
Hari : Khamis dan Jumaat.

Surat Siaran dan Borang Pemantauan Silang boleh didapati dengan klik di sini

Taklimat Teknikal FST Daerah Mersing 2010

Tindakan:
TUAN PENGETUA,GURU BESAR, KETUA BIDANG, KETUA PANITA SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT DENGAN PERTANDINGAN FST.
Tarikh: 06-07-2010
Unit: HEM
Oleh: En. Md. Poad Bin Ahmad
Maklumat:
TAKLIMAT DAN PENYELARASAN TEKNIKAL AKAN DIADAKAN PADA HARI KHAMIS : 8 JULAI 2010.JAM 2.30 PETANG BERTEMPAT DI PPD BARU


Sumber: PPD Mersing

Pindaan Tarikh FST Mersing dan FST Johor 2010


Tindakan: TUAN PENGETUA, TUAN GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING.
Tarikh: 06-07-2010
Unit: HEM
Oleh: En. Md. Poad Bin Ahmad
Maklumat:
TARIKH BARU FST DAERAH MERSING IAITU PADA HARI KHAMIS 15 JULAI 2010. MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL AKAN DIADAKAN PADA HARI KHAMIS 9 JULAI 2010. MANAKALA PERINGKAT NEGERI AKAN DIADAKAN PADA 21-22 JULAI 2010. DI SMK ANJUNG BATU DAN SK SRI MERSING


Sumber: PPD Mersing

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Sains)

Guru Sains boleh mendapatkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 dengan mengklik pautan dibawah:

Keputusan Sains Tingkatan 1
Keputusan Sains Tingkatan 2
Keputusan Sains Tingkatan 3
Keputusan Sains Tingkatan 4
Keputusan Sains Tingkatan 5

Sumber: Unit Peperiksaan SMK Ungku Husin

Syarat & Peraturan Pertandingan di FST Mersing 2010

Guru boleh mendapatkan syarat pertandingan dan maklumat penting pertandingan dengan memuat turun dengan klik disini.

Bahan berupa rakaman audio Prof. Dr. Haslan Abu Hassan sekalu Director of CETREE / Dean School of Physics USM Penang Email : haslan@usm.my Ulasan dirakam selepas tamat sesi penghakiman pertandingan kereta dan bot solar peringkat negeri.
Garis Panduan Penyediaan Presentation Klik di sini.

Bahan dan Syarat Pertandingan Saintis Muda & Bercerita Sains Klik di sini

Seminar Pecutan Kognitif Sains 2010

Seminar Pecutan Kognitif Sains yang diperkenalkan oleh Cikgu Hamzah (GC Sains Terengganu) telah mendapat tempat di hati warga pendidik di Mersing sejak 2003 lagi. Bermula daripada 25 Jun 2010 hingga 26 Jun 2010 seminar ini sekali lagi telah berlangsung dengan jayanya di SMK Anjung Batu Mersing. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 3 dan 40 orang pelajar tingkatan 5 masing-masing akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM telah menyertai Seminar ini.

Berdasarkan maklum balas guru pengiring dan pelajar yang turut serta dalam seminar ini, mereka berpuas hati dengan penyampaian penceramah yang jelas dan menghiburkan. Pihak Panitia mengucapkan tahniah kepada pihak JKD Panitia Sains yang berjaya menganjurkan seminar ini. Diharapkan agar usaha murni kearah meningkatkan kecemerlangan akademik daerah Mersing ini dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

Pihak Panitia Sains juga mengucapkan sekalung tahniah kepada Guru Sains sekolah yang sanggup meluangkan masa di hari minggu bagi menghantar pelajar. Dan yang paling tidak lupa adalah terima kasih yang teramat kepada Tuan Pengetua Cik Hajjah Zubedah yang sudi memasak untuk makan tengahari kepada pelajar PMR dan SPM. Jarang sekali ada pengetua yang sanggup memasak untuk pelajar. Sesungguhnya Tuan Pengetua seorang yang unik dan penyayang.Di harapkan seminar ini menjadi salah satu medium kepada pelajar untuk cemerlang... insyaallah..

Gambar Sekitar Seminar berlangsung (SPM)


Penyertaan & Lawatan ke MISTI Johor 2010 di Persada Johor dari 22-27 Jun 2010

Tindakan : TUAN PENGETUA, GURU BESAR
Tarikh : 17-06-2010
Unit : HEM
Oleh : En. Md. Poad Bin Ahmad
Maklumat :
BERSAMA-SAMA INI DILAMPIRKAN SEKOLAH YANG TERLIBAT DAN SEKOLAH YANG AKAN MENYERTAI PROGRAM LAWATAN KE PERSADA JOHOR MENGIKUT TARIKH DAN MASA YANG TELAH DITETAPKAN. SILA PASTIKAN SURAT KEBENARAN IBUBAPA TELAH DIPEROLEHI TERLEBIH DAHULU. SURAT RASMI AKAN MENYUSUL. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI EN.POAD. 012-7468372 (PENYELARAS PROGRAM )
Link : http://kokojpnj
Lampiran 1:
KALENDAR_MISTI_JOHOR_2010_VERSI_3.0.pdf
Lampiran 2:
lAWATAN_PELAJAR_MISTI_2010.xlsx

Sumber: PPD Mersing

Tarikh Penyerahan Markah dan Disket Peperiksaan

Perhatian kepada semua guru SMK Ungku Husin
Tarikh penyerahan markah dan disket peperiksaan adalah seperti berikut:

Tarikh

Perkara

21/6/2010

Guru Matapelajaran memberi markah kepada Guru Kelas

22/6/2010

Guru Kelas memberikan disket kepada Penyelaras Headcount mengikut tingkatan

Segala kerjasama di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sumber: Unit Peperiksaan SMK Ungku Husin

Selamat Bercuti Warga SMK Ungku Husin !!!

Cuti pertengahan tahun sudah bermula. Kepada warga guru berhati-hati di jalan raya semasa balik ke kampung. Kepada calon SPM dan PMR, ingat peperiksaan semakin dekat. Cuti-cuti juga, buku jangan dilupa. Semoga bertemu lagi di penggal yang baru. HAPPY HOLIDAY!!!

Festival Sains Dan Teknologi Peringkat Daerah Mersing 2010

Festival Sains dan Teknologi (FST) peringkat daerah Mersing pada ketetapan berikut:


Tarikh: 7 Julai 2010, Rabu
Tempat: SMK Sri Mersing (M) dan SK Bandar Mersing (R)
Majlis Penutup: SMK Sri Mersing

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa pertandingan yang melibatkan sains dan teknologi akan dipertandingkan. Antaranya adalah

Sekolah Menengah
Tarikh: 7 Julai 2010
Tempat: SMK Sri Mersing
  • Portable Cooking With Nature (Pn Marlina dan Pn Faridah)
  • Solar Car Race / Solar Boat Race (En Danial dan En Farid)
  • Teknologi Pelancaran Roket dan Parachute (En Shahrul dan Pn Rosmah)
  • Pertandingan Saintis Muda (Cik Norhidayah dan Cin Nin Harlina)
Diminta guru-guru yang dinyatakan diatas menyediakan 3 orang pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut atas keizinan Tuan Pengetua. Satu Mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan khussus tentang festival akan diadakan selepas cuti pertengahan tahun.

MISTI 2010

MISTI (Minggu Sains Teknologi dan ICT) akan berlangsung pada 22 - 27 Jun 2010 di Persada Johor Bahru. Berdasarkan mesyuarat penyelarasan Karnival Sains Teknologi yang diadakan pada khamis, 3 Jun 2010 di PPD Mersing, SMK Ungku Husin di minta untuk menghantar wakil iaitu 4 orang pelajar dan seorang guru untuk ke " Career Workshop" MISTI. Sehubungan dengan itu, adalah diminta sekiranya ada guru yang berminat untuk menghadiri seminar ini bolehlah menghubungi ketua panitia secepat mungkin.


Kelas Tambahan Semasa Cuti Pertengahan Tahun 2010

Adalah dimaklumkan, satu jadual kelas tambahan untuk guru telah dikeluarkan pada isnin 28 Mei 2010. Guru Sains boleh menyemak jadual bertugas masing-masing dengan mengklik butang di sini.


Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Festival Sains dan Teknologi Daerah Mersing 2010

Tindakan :Tuan Pengetua, Pengerusi-Pengerusi Zon, Tuan Guru Besar Sekolah-sekolah Zon Bandar/ Ketua Panitia Sains Matematik Sekolah Menengah Dijemput Hadir Bersama
Tarikh:01-06-2010
Unit:HEM
Oleh:En. Md. Poad Bin Ahmad



Maklumat:Sehubungan itu Mesyuarat tersebut akan dijalankan pada 3 Jun 2010 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Mersing.

Lampiran 1

Sumber : PPD Mersing

: Surat_Panggilan_Mesyuarat_Daerah.doc

[Science PMR] Overview

The PMR science exam consists of two papers:

Paper 1 (40 marks)

  • 40 objective questions.
  • One hour to complete the paper.
  • Cover all 27 Science topics from Form One to Form Three.
  • There will be at least one question from each topic.
  • The questions are broken down into:
    • 50% easy questions; that is about 20 questions.
    • 30% moderate questions; that is about 12 questions.
    • 20% difficult question; that is about eight questions.
Paper 2 (60 marks)
  • Section A consists of six questions for 40 marks.
  • Section B consists of two questions for 20 marks.
  • Only questions from selected topics will be asked.
  • Answers can be written all in English or all in Bahasa Melayu or a combination of both language [Please do not combine both languages in the same sentence!]
  • You may answer part of the question in one language and the other part in the other language.
  • The questions are broken down into:
    • 50% easy questions; that is about 30 marks.
    • 30% moderate questions; that is about 18 marks.
    • 20% difficult questions; that is about 12 marks.
  • The type of questions commonly asked in Paper 2 are:
    • Labelling questions
    • Classification
    • Questions based on experiments
    • Chemical tests
    • Calculation
    • Principles of science
    • Drawing
    • Structured questions
    • General questions

Penyemakan Buku Latihan

Perhatian kepada guru Sains yang terlibat, penghantaran buku latihan untuk semakan pengetua telah ditunda kepada ketetapan berikut:


Tarikh : 21 Jun 2010 (Selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun)
Matapelajaran : Sains
Tingkatan : 3 dan 5
Tempat : Bilik Bidang
Jumlah Buku : Semua pelajar dalam satu kelas (satu jenis buku sahaja)
yang lengkap dengan borang SPSK PK 06/1 dan SPSK PK 06/2

Sila tandakan borang yang disediakan di atas meja bilik bidang sebagai bukti penghantaran.

Click di sini untuk mendapatkan borang SPSK 06/1 dan SPSK 06/2

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Bermula pada 20 Mei 2010, hampir ke semua pelajar SMK Ungku Husin akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Seramai 255 calon pelajar daripada tingkatan 5 akan diuji sejauh manakah pengetahuan dan pencapaian mereka dalam peperiksaan kali ini. Berdasarkan keputusan peperiksaan ini pihak sekolah akan merancang stategi manakah yang sesuai untuk mencorak mereka supaya mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak. Kami warga sekolah mendoakan kejayaan kamu semua wahai pelajar SMK Ungku Husin.



Powered by Blogger