Soalan Sains Spot PMR 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Peperiksaan PMR sudah bermula kelmarin, bermula dengan subjek BM dan hari ini diikuti dengan BI dan sejarah. Subjek Sains akan menjelang. Pelajar dinasihatkan supaya memulakan peperiksaan dengan bertafakur sekejap dengan membaca surah-surah amalan yang boleh menenangkan hati. Mulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah... Semoga apa yang kita usahakan selama ini membuahkan hasil yang cemerlang. Insyaallah.

Disini Cikgu Dan ingin memberi tajuk-tajuk yang dirasakan mungkin akan keluar di dalam peperiksaan Sains PMR pada tahun ini. Setelah di analisis soalan percubaan negeri seperti di bawah, Cikgu Dan rasa tajuk yang bakal keluar adalah seperti berikut:
Tajuk Spot Sains PMR 2012:
1. Jirim
2. Ketumpatan
3. Haba
4. Sistem Sokongan (Haiwan dan Tumbuhan)
5. Perkumuhan
6. Kitaran haid
7. Tanah dan sumbernya
8. Organ deria

Harap tajuk tajuk ini kena... kalau tak kena jangan salahkan Cikgu kerana kita hanya dapat spot sahaja. Yang paling baik adalah kita ulangkaji semua tajuk. Insyaallah kita akan berjaya.

Berilmu unutuk Berjasa

Powered by Blogger