Bengkel Menjawab Soalan Sains SPM 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat lagi Cikgu Dan menulis di blog panscuh ini... Hari ni satu bengkel menjawab soalan sains SPM akan dijalankan di SMK Pai Chee di Mersing. 2 minggu lepas Cikgu Dan di SMK Mersing untuk ceramah teknik menjawab, kali ni giliran SMK Pai Chee pula. Kali ini lebih mencabar kerana mungkin bengkel ini dilaksanakan semasa bulan puasa... hehe kering tekak Cikgu Dan nanti. Walau apa pun itu bukannya alasan untuk berjasa kepada pelajar di Mersing ini... Kepada pengunjung blog panscuh ini. Cikgu Dan mohon ampun dan maaf kerana tidak sempat untuk update blog ini dan ada sesetengah bahan yang terdapat di dalam blog ini sudah tamat tempoh simpanan di dalam hosting data. Insyaallah Cikgu Dan akan kemaskini sekiranya ada masa terluang nanti... Kepada pelajar PMR dan SPM yang bakal menempuh peperiksaan percubaan 1 atau 2 minggu lagi Cikgu Dan doakan anda berjaya. Tingkatkan azam supaya menjadi insan yang cemerlang.
Berilmu untuk Berjasa

Powered by Blogger