Tahniah!!! Keputusan PMR tahun 2011 membanggakan.

Assalamualaikum w.b.t.. dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya masih sempat saya memanjangkan jari menulis di sini. Tahniah kepada calon PMR 2011 yang baru sahaja mendapat keputusan pada hari khamis lepas. Rata-rata agak gembira dengan keputusan dan ada juga yang tak berapa gembira. Saya tidak akan sentuh keseluruhan matapelajaran.. Lebih tumpuan kepada matapelajaran Sains sahaja. Peratus pencapaian sebenarnya lebih kurang sahaja dengan tahun lepas walaupun peratus menguasai mengalami sedikit penurunan. Peratus menguasai menurun dari:

92.83% pada tahun 2010 ke 88.96% pada tahun 2011

namun begitu, Bilangan yang mendapat A bertambah daripada tahun lepas ke 66 orang daripada 326 orang calon. Tahniah kepada yang berjaya.
Klik link dibawah untuk melihat pencapaian pelajar Mersing dan SMK Ungku Husin (Sains)


Untuk keseluruhan... Sila ke Mersinghebat.blogspot.com

2011 sudah berlalu... 2012 menanti.. Pasti 2012 menjanjikan cabaran yang baru kepada calon PMR nanti... berusahalah daripada sekarang.. Kejayaan akan menjadi milik anda kelak.

Berilmu untuk Berjasa

Powered by Blogger