Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010


Assalamualaikum..
Syukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan izinNya hari anugerah kecemerlangan pelajar dapat berlangsung dengan sempurna. Pada 21hb Mei 2011, bertempat di Dewan Zubedah SMK Ungku Husin buat pertama kalinya anugerah kecemerlangan ini menganugerahkan guru sebagai penerima anugerah. Satu pendekatan bijak pihak pentadbir bagi menyuntik katalis agar guru lebih berusaha dengan gigih untuk kecemerlangan sekolah. Tahniah kepada guru sains PMR dan SPM kerana berjaya menunjukkan peningkatan kualiti sehingga menerima penghargaan untuk PMR dan SPM. Semoga penghargaan ini membakar semangat kita untuk lebih cemerlang di hari muka. Tahniah!!!

Berilmu untuk berjasa

Untuk Lagi Gambar semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, sila klik di sini.

Persidangan MGC Johor 2011

Assalamualaikum..

Pada 24 -26 Mei 2011 akan diadakan Persidangan MGC Johor bertempat di Damai Hotel Resort Desaru Kota Tinggi Johor. Daerah Mersing diketuai oleh Pengerusi MGC Mersing En Kungi Kuaya akan menyertai persidangan kali ini. Berikut adalah wakil daripada sekolah ini yang akan menyertai persidangan kali ini.
Rosdan bin Kamarulzaman (GC Sains)
Wan Bazli bin Wan Fafiz (GC Agama Islam)
En Kungi Kuaya bin P. Mohamad (GC Pendidikan Jasmani)
Insyaallah, Ilmu yang diperolehi semasa persidangan akan dikongsikan bersama-sama dengan guru-guru.
Berilmu Untuk Berjasa

Program Rancangan Khas (RK): Bengkel Teknik Menjawab Sains dan Matematik 2011

Assalamualaikum,

Rancangan khas (RK) di bawah kelolaan Puan Siti Farah bt Ibrahim akan mengadakan Bengkel teknik menjawab Sains dan Matematik khas untuk pelajar Rancangan Khas (RK). Berikut adalah ketetapan program berkenaan.
Tajuk program: Bengkel teknik menjawab Sains dan Matematik
Tarikh: 11 Mei 2011
Masa: 7.45 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Bilik Digital, Pusat Sumber SMK Ungku Husin
Penceramah sains: Encik Rosdan
Penceramah matematik: Puan Mariam
Untuk guru sila klik di sini untuk muat turun skema latihan.
Berilmu untuk Berjasa

Majulah Guruku... Perancangan mantap PPD Mersing

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T, Bengkel pendedahan kerjaya guru cemerlang (Majulah Guruku) berjaya disempurnakan hasil kerjasama padu PPD Mersing dan MGC mersing pada 28 April 2011. Dengan kehadiran yang amat baik sekitar 180 orang peserta daripada jangkaan 250 orang, ia disifatkan berjaya. Program yang bermatlamat meningkatkan bilangan guru cemerlang sekolah menengah dan sekolah rendah daerah Mersing ini pada pandangan saya merupakan perancangan mantap pihak PPD Mersing bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik daerah ini. Tahniah diucapkan kepada pihak PPD Mersing, terutama sekali En Fakaruddin bin Husin atas 110% komitmen beliau dalam menjayakan program ini. Dengan objektif yang mulia ini, insyaallah bilangan guru cemerlang daerah ini akan bertambah dari masa ke semasa. Tidak lupa kepada semua GC daerah Mersing yang bertungkus lumus menyediakan bahan dan menyampaikan maklumat serta informasi berkenaan permohonan jawatan guru cemerlang. Bagi guru daerah ini yang tidak bersama semasa program tetapi mahu memohon, tuan boleh berhubung dengan setiausaha MGC daerah atau melayari blog MGC Mersing untuk mendapatkan bahan.

Berilmu untuk Berjasa

Festival Sains dan Teknologi (FST) Peringkat Daerah Mersing 2011

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya maka FST Mersing berjaya dilaksanakan cemerlang di SMK Mersing pada 5 Mei 2011 baru-baru ini. Bagi mencapai negara maju seperti yang di ucapkan oleh Timbalan PPD Mersing En Mohd Jais bin Samad semasa majlis penutupan rasmi FST, pelajar haruskan bersedia menghadapi arus gelombang sains dan teknologi. Pemikiran pelajar juga hendaklah seiring dengan wawasan negara keraa merekalah yang akan memimpin negara kelak. Tahniah PPD Mersing kerana berjaya menganjurkan FST ini dan tahniah juga kepada peserta SMK Ungku Husin kali ini. Pada tahun ini agak baik sedikit pencapaian berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. SMK Ungku Husin berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan inovasi dan kejuruteraan di bawah bimbingan saya sendiri, mendapat tempat ketiga dalam 2 acara iaitu pelancar roket sasaran dan kereta solar di bawah bimbingan En Danial, En Shahrul dan En Suhata. Tahniah kepada para peserta. Diharap kita akan memperbaiki pencapaian kita pada masa hadapan.
Berilmu untuk Berjasa




Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Negeri Johor 2011

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak Jabatan Pelajaran Johor kepada guru-guru yang telah melahirkan inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran.

Adalah diingatkan bahawa anugerah ini bukan satu pertandingan.

Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.

Kategori Anugerah :

1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.


Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Powered by Blogger