Buku Sains PT3

Buku sains PT3 yang admin dapat dari pembekal. Bentuk soalan sama seperti instrumen yang telah disediakan oleh kementerian.


Tips Menjawab Item Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sains

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kertas PT3 Sains 2014 terdiri daripada kira-kira 30-50% soalan (item) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT atau HOTS). Hal ini kerana Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk meningkatkan taraf pencapaian anak murid kita dalam TIMSS 2015 yang akan datang. TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) merupakan kayu ukur status pencapaian akademik negara kita dengan negara-negara yang lain, termasuk China, Singapura, Canada, Finland, Korea, Australia dan sebagainya.

Berikut adalah teknik menjawab soalan-soalan KBAT (HOTS) yang umum. Cikgu akan sediakan manual menjawab yang lebih lengkap pada masa akan datang:

Langkah 1
Baca soalan dengan teliti. Gariskan kata tugas yang digunakan dalam tajuk pokok soalan seperti: Analisiskan, bangunkan, buktikan, cadangkan, ciptakan, cerakinkan, deduksikan, hubungkaitkan, illustrasikan, kemukakan, nilaikan, tafsirkan, syorkan, wajarkah, dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa contoh teknik penyoalan item dalam soalan PT3 Sains 2014:
1) Adakah ini berlaku sekiranya....?
2) Andaikan anda seorang ahli sains, syorkan dua strategi yang boleh diambil.....
3) Nyatakan dua faktor yang relevan dengan...
4) Terangkan idea utama yang ingin dikaji dalam eksperimen ini...
5) Bagaimanakah lagi anda boleh lakukan untuk memperbaik...

Kebanyakan item PT3 Sains 2014 akan mempunyai rangsangan/stimulus, iaitu maklumat khusus dalam bentuk petikan pendek, rajah, jadual, graf, dan lain-lain.

Langkah 2
Memahami betul-betul kehendak kata tugas tersebut. Setiap soalan disusuli markah (poin). Soalan yang diberi markah 1 memerlukan satu respon yang wajar, manakala soalan yang bermarkah 2 pula memerlukan dua atau tiga respon yang wajar.
Semasa berikan jawapan (respon), pastikan anda berikan respon dalam bentuk fakta sains yang telah anda pelajari, disusuli dengan huraian yang sepadan.
Fungsi huraian adalah sebagai pernyataan sokongan (support statement) bagi fakta yang anda kemukakan itu.

Contoh item
Pada pendapat anda, bagaimanakah peningkatan suhu dan mengurangan nilai pH air laut dapat mempengaruhi jumlah populasi batu karang di dalam lautan? [4 markah]

Contoh respon
Apabila suhu air laut meningkat, keterlarutan oksigen dalam air akan menjadi kurang. Maka, kuantiti oksigen terlarut dalam air juga berkurang dan menjejaskan pertumbuhan batu karang. Apabila nilai pH air laut berkurang, iaitu air laut menjadi lebih berasid, batu karang akan mati. Hal ini kerana batu karang ialah sebatian kalsium yang boleh bertindak balas dengan asid dan dikakisnya.

Marilah cuba soalan-soalan KBAT
Anda bolehlah mencuba soalan-soalan KBAT (HOTS) mengikut topik dalam buku-buku ini:

1) Big Ideas Reference Text Science Form 1 terbitan Oxford Fajar (sudah ada di pasaran)

2) Big Ideas Reference Text Science Form 2 terbitan Oxford Fajar (sudah ada di pasaran)

3) Big Ideas Reference Text Science Form 3 terbitan Oxford Fajar (akan datang September 2014)

Klik di sini untuk melihat contoh soalan PT3 Sains

Selamat mencuba!

Pelaksanaan dan Jadual PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) - Sains

Berikut adalah format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Sains (Ujian Bertulis)

Format PT3 Bagi Subjek Sains (Ujian Bertulis)

Penerangan
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / respon terbuka / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan Panduan Penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu

Bagi memahami PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) dengan lebih lanjut, boleh baca artikel mengenai Instrumen, Jadual dan Pelaksanaan PT3. Rujuk juga jadual pelaksanaan PT3 supaya dapat bersedia lebih awal.

Jadual Pelaksanaan
Pelbagai Instrumen
Pentadbiran : 1 - 18 Julai
Hantar gred : 15 - 29 Ogos
* Info lanjut mengenai Format Pelbagai Instrumen

Ujian Lisan
Pentadbiran : 6 - 29 Ogos
Hantar Gred : 15 - 29 Ogos

Ujian Bertulis
Pentadbiran : 12 - 17 Oktober
Hantar Gred : 1 - 14 November

Baik pulih blog

Assalamualaikum.... kerja kerja penambahbaikan bahan dalam blog akan dijalankan dari masa kesemasa....
-Admin-

Powered by Blogger