Koleksi Kertas Percubaan Sains PMR 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Peperiksaan percubaan PMR sudah bermula. Usaha dan penat lelah pelajar hendaklah dibuktikan di sini. Harus diingat kepada pelajar, keputusan percubaan ini di kira sebagai markah untuk kamu menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh dan MRSM. Maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar dapat mencapai kecemerlangan diri dan sekolah kita. Di sini cikgu akan update dari masa ke semasa soalan percubaan sains PMR untuk kamu ulangkaji. Harap ia membantu kamu.


Berilmu untuk Berjasa

Selamat Datang Pengetua SMK Ungku Husin yang baru



Pindaan Jadual Waktu Percubaan PMR Seluruh Johor.

Maklumat:Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu,Jadual (pindaan terkini) adalah seperti berikut:

Sejarah : Asal Jumaat,19 Ogos 2011 (Jumaat) Masa : 7.30 - 8.45 pagi
Pindaan : 17 Ogos 2011 (Rabu) Masa : 7.30 -8.45 pagi

Matematik (K2) Asal 17 Ogos 2011 (Rabu) Masa :8.00 - 9.30 pagi
Pindaan : 17 Ogos 2011 (Rabu) Masa :9.00 pagi - 10.30 pagi

Matematik (K1) Asal 17 Ogos 2011 (Rabu) Masa : 10.45 pagi - 12.00 tengah hari
Pindaan : 17 Ogos 2011 (Rabu) Masa : 11.15 pagi - 12.30 tengah hari

3. Untuk makluman pihak tuan, surat makluman JPNJ.SPP/(35)/600-6/2/4JLD.2(03) bertarikh 4 Ogos 2011 mengenai perkara tersebut telah dimasukkan dalam peti surat sekolah di PPD Mersing.

Sekian,terima kasih.

Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan PMR & SPM 2011

Berikut adalah tarikh peperiksaan percubaan setara seluruh negeri Johor. Klik pada jenis peperiksaan untuk muat turun.



Selamat Berjuang pelajar semua.

Berilmu untuk Berjasa

Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 - Tingkatan Lima (Sains Teras)

Berikut dilampirkan analisis berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah, JKD, guru-guru dan pegawai-pegawai di PPD Mersing. Untuk lain lain matapelajaran sila klik di pautan.



Berilmu untuk Berjasa

Powered by Blogger