[Science PMR] Overview

The PMR science exam consists of two papers:

Paper 1 (40 marks)

  • 40 objective questions.
  • One hour to complete the paper.
  • Cover all 27 Science topics from Form One to Form Three.
  • There will be at least one question from each topic.
  • The questions are broken down into:
    • 50% easy questions; that is about 20 questions.
    • 30% moderate questions; that is about 12 questions.
    • 20% difficult question; that is about eight questions.
Paper 2 (60 marks)
  • Section A consists of six questions for 40 marks.
  • Section B consists of two questions for 20 marks.
  • Only questions from selected topics will be asked.
  • Answers can be written all in English or all in Bahasa Melayu or a combination of both language [Please do not combine both languages in the same sentence!]
  • You may answer part of the question in one language and the other part in the other language.
  • The questions are broken down into:
    • 50% easy questions; that is about 30 marks.
    • 30% moderate questions; that is about 18 marks.
    • 20% difficult questions; that is about 12 marks.
  • The type of questions commonly asked in Paper 2 are:
    • Labelling questions
    • Classification
    • Questions based on experiments
    • Chemical tests
    • Calculation
    • Principles of science
    • Drawing
    • Structured questions
    • General questions

Penyemakan Buku Latihan

Perhatian kepada guru Sains yang terlibat, penghantaran buku latihan untuk semakan pengetua telah ditunda kepada ketetapan berikut:


Tarikh : 21 Jun 2010 (Selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun)
Matapelajaran : Sains
Tingkatan : 3 dan 5
Tempat : Bilik Bidang
Jumlah Buku : Semua pelajar dalam satu kelas (satu jenis buku sahaja)
yang lengkap dengan borang SPSK PK 06/1 dan SPSK PK 06/2

Sila tandakan borang yang disediakan di atas meja bilik bidang sebagai bukti penghantaran.

Click di sini untuk mendapatkan borang SPSK 06/1 dan SPSK 06/2

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Bermula pada 20 Mei 2010, hampir ke semua pelajar SMK Ungku Husin akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Seramai 255 calon pelajar daripada tingkatan 5 akan diuji sejauh manakah pengetahuan dan pencapaian mereka dalam peperiksaan kali ini. Berdasarkan keputusan peperiksaan ini pihak sekolah akan merancang stategi manakah yang sesuai untuk mencorak mereka supaya mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak. Kami warga sekolah mendoakan kejayaan kamu semua wahai pelajar SMK Ungku Husin.



Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah



Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah berlangsung agak meriah. Upacara dimulai dengan nyayian lagu Negaraku, bangsa Johor, lagu Sekolah dan seterusnya Lagu Guru Malaysia. Bacaan ikrar telah disempurnakan oleh En Mohd Sarif Aripen.


Menyanyi lagu negaraku dengan penuh semangat


Orang yang bertanggungjawab di belakang tabir!

Acara di teruskan dengan membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama seramai 300 orang pelajar akan ke Pantai Penyabong untuk Program Khidmat Masyarakat yang dirasmikan oleh YB Zainal Adun daerah Endau.




Kumpulan kedua (pelajar dan guru) yang berada di sekolah menyertai sukaneka yang dianjurkan oleh KEBIRU. Terdapat beberapa acara seperti sepak bola tutup mata, bola ragbi jaring dan pentanque.




Sememangnya meriah acara hari guru di sini. Sambutan hari guru sememangnya ditunggu tunggu oleh guru. Guru dapat meluangkan masa bermain dan menenangkan fikiran. Esok P&P bermula marilah kita bekerja dengan bersemangat! Selamat Hari Guru Semua.

Selamat Hari Guru

Seminar Teknik Menjawab Berfokus Sains SPM 2010

Pada 6 Mei 2010, pihak Panitia Sains mengadakan seminar teknik menjawab untuk pelajar SPM 2010. Seminar ini diadakan awal bagi menperlengkapkan pelajar dengan ilmu-ilmu menjawab agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pada 18 Mei ini. Seminar ini dikelola sepenuhnya oleh guru Sains sekolah ini. Keterangan program adalah seperti berikut:

Nama Program: Seminar teknik menjawab berfokus Sains SPM 2010
Tarikh: 6 Mei 2010
Masa: 7.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Dewan Besar Zubedah SMK Ungku Husin
Jumlah Pelajar Terlibat: 250 orang pelajar




Program Pekembangan Staf 2010 - Kemahiran Saintifik

Pada 3 Mei 2010, Pihak Panitia mengadakan satu bengkel kemahiran saintifik untuk guru Sains Sekolah ini bagi meningkatkan kemahiran saintifik guru. Keterangan program adalah seperti berikut:

Tarikh: 3 Mei 2010
Masa: 2.00ptg - 4.00ptg
Tempat: Makmal Sains Teras Tingkatan 4
Penceramah: En Rosdan b Kamarulzaman



Seramai 10 orang guru menghadiri bengkel ini dan ia merupakan bengkel awal sebelum Seminar Teknik Menjawab Soalan.






Projek Taman Sains

Panitia Sains pada tahun 2010 telah membina sebuah Sains yang lokasinya bersebelahan dengan makmal sains tingkatan 1.
Projek ini yang menelan belanja RM 2000 siap dan menjadi tarikan kepada pelajar terutamanya semasa rehat.


Pelajar dapat menikmati suasana yang nyaman di taman sambil dapat mengetahui spesis tumbuhan kerana Taman Sains ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Taman Herba, Taman Kaktus dan Taman Orkid.

Terdapat beberapa spesis herba yang jarang dijumpai boleh di dapati di dalam Taman ini. Idea pembinaan taman sebenarnya bermula daripada Pengetua SMK Ungku Husin, Cik Hajah Zubedah bt Othman yang mahu pihak panitia membina Taman Sains di sekolah ini. Dengan kerjasama semua guru dan kakitangan makmal maka Taman Sains SMK Ungku Husin siap dibina pada April 2010





Selamat Datang

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya maka terbinalah laman blog panitia Sains SMK Ungku Husin ini. Laman ini dibina kerana memandangkan kemajuan kemajuan teknologi yang akan memudahkan guru Sains sekolah ini mendapatkan maklumat dan bahan dalam memantapkan P&P masing-masing. Di harap laman blog ini berguna kepada guru. Sekian...

Powered by Blogger