Seminar Kecemerlangan PMR Mersing 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya program kedua anjuran MGC Mersing iaitu seminar kecemerlangan PMR Mersing berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Terdapat perubahan jadual bagi pelaksanaan program ini di Zon Endau kerana SMK Ungku Husin sedang berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah pada tarikh pelaksanaan yang ingin dijalankan. Namun begitu Zon Tenggaroh dan Zon Bandar program berjalan seperti biasa. Maklumat Program adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 - 28 Jun 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :
Zon Mersing dan Nitar - Dewan Kuliah ILP Mersing.
Zon Tenggaroh - Dewan SMK Tenggaroh A

(PINDA kepada 3,4 dan 5 Julai 2012)
Zon Endau - Dewan Zabedah, SMK Ungku Husin.

Sasaran : 401 orang Calon-Calon PMR 2012.
Mata Pelajaran yang terlibat :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam

Lampiran :

Semoga usaha murni MGC Mersing bersama PPD Mersing ini mendapat keberkatan Allah S.W.T dan semoga calon PMR pada tahun ini cemerlang dan terbilang.

Berilmu untuk Berjasa

0 Response to "Seminar Kecemerlangan PMR Mersing 2012"

Catat Ulasan

Powered by Blogger