Tajuk Soalan Kertas 2 Sains 1511/2 SPM 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita masih dapat bertemu lagi di sini. Bersyukur juga kerana peperiksaan kertas Sains 1511 SPM telah selesai pada hari khamis lepas. Ada sedikit gembira dengan soalan Sains yang keluar dalam exam baru-baru ini.. Hampir 80% tajuk yang dijangkakan keluar dalam exam kali ini. Tajuk yang terdapat dalam exam Sains baru2 ini adalah:

Sains 1511/2 (Sains Kertas 2)
  1. Variasi
  2. Tindakbalas antara logam dengan asid
  3. Kesan suhu terhadap mikroorganisma
  4. Momentum
  5. Otak manusia
  6. Radioaktif
  7. Ozon
  8. Pemprosesan makanan - pempasturan susu
  9. Plastik
  10. Larutan kultur Knop
  11. Penapis cahaya / penyerakan cahaya
  12. Lemak tepu dan tak tepu.
Alhamdulilllah terdapat beberapa topik yang mengenai sasaran. Dan yang tidak kena pada sasaran pun rasanya Cikgu Dan sudah bincangkannya semasa sesi bengkel dan kelas tambahan. Cikgu Dan hanya mampu berdoa dan bertawakal sahaja sekarang agar pelajar Cikgu Dan mendapat keputusan yang cemerlang demi diri dan sekolah. Dan kepada pelajar maya Cikgu Dan pun doakan sama. Jangan lupa diri selepas ini dan sentiasa berusaha hingga matlamat diri tercapai.

Berilmu untuk Berjasa

0 Response to "Tajuk Soalan Kertas 2 Sains 1511/2 SPM 2011"

Catat Ulasan

Powered by Blogger