Keputusan SPM Sains 2010

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. Kerana dengan limpah dan kurniaNya keputusan peperiksaan SPM Sains telah menunjukkan peningkatan yang agak membanggakan. Tahniah kepada pelajar dan terima kasih kepada guru Sains sekolah ini yang bertungkus lumus bagi mencapai kejayaan ini. Hasil penat lelah guru akhirnya terbalas dengan keputusan pelajar yang cemerlang

Keputusan kali ini agak luar biasa kerana usaha dan komitmen kita yang luar biasa di tambah pula dengan pelajar yang baik dan cemerlang. SMK Ungku Husin mencatat sejarah tersendiri terutamanya bagi matapelajaran Sains apabila peratus lulus meningkat ketara 3 tahun kebelakangan ini. Bermula daripada 88% pada tahun 2008 ke 90% pada tahun 2009 dan pada tahun ini 97%. Satu peningkatan yang agak cemerlang. Dari segi gred purata juga terdapat peningkaan iaitu daripada 5.53 pada tahun lepas kepada 4.85 pada tahun ini. Saya amat berharap keputusan ini akan lebih baik pada masa akan datang, Insyaallah.

Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat kita agar lebih berusaha bagi mendidik anak-anak kita agar menjadi insan yang cemerlang kelak. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Pelajar dan Warga Pendidik Sains SMK Ungku Husin.

0 Response to "Keputusan SPM Sains 2010"

Catat Ulasan

Powered by Blogger