Kajian Tindakan - Satu Pengertian

Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.


Keputusan SPM Sains 2010

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. Kerana dengan limpah dan kurniaNya keputusan peperiksaan SPM Sains telah menunjukkan peningkatan yang agak membanggakan. Tahniah kepada pelajar dan terima kasih kepada guru Sains sekolah ini yang bertungkus lumus bagi mencapai kejayaan ini. Hasil penat lelah guru akhirnya terbalas dengan keputusan pelajar yang cemerlang

Keputusan kali ini agak luar biasa kerana usaha dan komitmen kita yang luar biasa di tambah pula dengan pelajar yang baik dan cemerlang. SMK Ungku Husin mencatat sejarah tersendiri terutamanya bagi matapelajaran Sains apabila peratus lulus meningkat ketara 3 tahun kebelakangan ini. Bermula daripada 88% pada tahun 2008 ke 90% pada tahun 2009 dan pada tahun ini 97%. Satu peningkatan yang agak cemerlang. Dari segi gred purata juga terdapat peningkaan iaitu daripada 5.53 pada tahun lepas kepada 4.85 pada tahun ini. Saya amat berharap keputusan ini akan lebih baik pada masa akan datang, Insyaallah.

Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat kita agar lebih berusaha bagi mendidik anak-anak kita agar menjadi insan yang cemerlang kelak. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Pelajar dan Warga Pendidik Sains SMK Ungku Husin.

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing 2011

Mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 23 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Sri Mersing, Mersing Johor


Sekian untuk makluman.

Keputusan SPM 2010 - 23 Mac 2011

Sebelum ni banyak spekulasi tentang tarikh keluar result spm 2010. Tapi bila akhbar dah ada tulis tentang isu ni, baru la yakin sikit yang keputusan spm 2010 akan keluar pada 23 March ni.

Mungkin ni lah masa yang paling ditunggu-tunggu oleh semua calon spm 2010. Banyak-banyak berdoa dan bertawakal bila nak ambik result nanti. Kepada yang berjaya, Cikgu ucapkan tahniah (hadiah tak de la nak bagi) dan jangan lupa diri. Dan kepada yang kurang berjaya, boleh teruskan usaha lagi. Result SPM bukanlah segala-galanya..Calon boleh menyemak secara online dan sms seperti di bawah.

Akan Datang! Siri Skor A 1001 Soalan Sains PMR & SPM Bilingual (MS Word) - Untuk Guru Sahaja

Assalamualaikum, salam bertemu kembali..

Sebagai mantan KP Sains sekolah, saya seringkali menandatangani soalan sebagai penyemak soalan contohnya seperti soalan ujian selaras, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati pada guru sekolah antaranya:
  1. Soalan yang ditanya seringkali/ berulang / sama sepanjang tahun
  2. Soalan tidak mengikut spesifikasi / kehendak ujian atau peperiksaan
  3. Gambarajah soalan masih lagi menggunakan kaedah lama iaitu tampalan
  4. Soalan bukan dalam dwibahasa
  5. Soalan tidak kemas dengan terdapat beberapa kesalahan ejaan
  6. Skema soalan tidak lengkap dan masih lagi menggunakan tulisan tangan.
Antara masalahnya adalah:
  1. Kurang sumber
  2. Tidak tahu tentang aras soalan/ bagaimana mengenalpasti aras soalan
  3. Tak pandai scan/ Scanner tak ada/ ongkos
  4. Saya dulu band 2 sahaja, nak translate susah.
Atas sebab ini, maka timbullah idea 1001 soalan sains PMR dan SPM dwibahasa dalam bentuk softcopy. Ideanya pernah diutarakan pada catatan saya sebelum ini dan ia merupakan projek kecemerlangan saya pada tahun ini. Tujuannya hanya 1, untuk kemudahan kita bersama. Di sini saya cuma ingin survey adakah ada sesiapa yang berminat dengannya, kerana produk ini masih lagi dalam proses pemurnian. Sila komen catatan ini.

'Berilmu untuk Berjasa'


Powered by Blogger