Program Panitia 2011: Modul Latihan Plan-J

Assalamualaikum w.b.t


Panitia Sains SMK Ungku Husin sedang merancang dan menyiapkan modul latihan yang di kenali sebagai Latihan Plan-J dengan kerjasama semua guru Sains sekolah. Modul ini akan mengikut spesifikasi dan jumlah latihan yang telah di tetapkan dalam KPI Plan-J yang telah diedarkan kepada guru-guru bermula pada tahun 2010. Seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat panitia sains pertama 2011, berikut merupakan senarai nama guru yang bertanggungjawab untuk menyiapkan modul bersama ini:

Tingkatan 5; Bab 1-4: En. Suhata b. Tamin Bab 5-8: En. Rosdan bin Kamarulzaman
Tingkatan 4; Bab 1-4: Pn. Norzaima bt Mat Yaacob Bab 5-8: En. Rosdan bin Kamarulzaman
Tingkatan 3; Bab 1-5: Pn. Siti Farah bt. Ibrahim Bab 6-10: En. Suhata/Pn. Marlina/ Pn. Rosmah
Tingkatan 2; Bab 1-5:
Tingkatan 1; Bab 1-5:

Di minta guru berikut berjaya menyiapkan modul bersama ini secepat yang mungkin agar dapat digunakan bersama. Buat sementara waktu, guru-guru bolehlah menggunakan buku latihan yang sesuai sementara menunggu modul ini disiap dan dimurnikan. Segala kerjasama guru amatlah dihargai agar kecemerlangan Sains diteruskan lagi ke tahap yang boleh dibanggakan.

Terima kasih... 'Berilmu Untuk Berjasa'

0 Response to "Program Panitia 2011: Modul Latihan Plan-J"

Catat Ulasan

Powered by Blogger