Skema Modul Latihan Plan-J (SMK Ungku Husin)

Assalamualaikum,

Pelaksanaan Plan-J di sekolah setakat ini berjalan lancar. Guru-guru dilihat bertungkus lumus menyiapkan modul latihan masing-masing. Bukan senang nak translate ke semua soalan dan menyediakan soalan secukupnya agar memenuhi KPI JPNJ. Syabas saya ucapkan. Walaupun terdapat kekangan masa dan tugas namun guru-guru komited dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. 'Alang-alang penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan', modul yang dibuat nanti saya akan compile kan dalam bentuk CD dan cikgu boleh gunakan ia dalam menyediakan soalan peperiksaan kelak.
Di sini saya akan update skema latihan Plan-J (versi sekolah) untuk kemudahan guru Sains SMK Ungku Husin semua.

'Berilmu untuk Berjasa'

Sains Tingkatan 5
Bab 1

Skema bab 3 akan di post sedikit masa lagi...

Apa itu Plan-J?

Apa itu Plan-J?
Plan-J merupakan garis panduan untuk menentukan jumlah minimum Latihan Akademik Pelajar bagi mencapai aras pembelajaran optimum mengikut potensi mereka.
Kenapa Plan-J?
Standard Akademik terbahagi kepada Standard Kandungan (Content Standard) dan Standard Pencapaian (Standard Performance). Penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang memenuhi SPI Bil. 3/1999 dan Plan-J adalah sebahagian dari Standard Akademik.
Standard Akademik merupakan satu garis panduan pengurusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk guru. Ia merupakan piawai pelaksanaan kurikulum oleh guru.
Untuk maklumat mengenai pelaksanaan Plan-J sila klik disini untuk muat turun dokumen mengenai Plan-J.

CADANGAN CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN-PERAYAAN 2011

KUMPULAN B

(Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad)

A. Tahun Baru Cina - 3 Februari (Khamis) dan 4 Februari (Jumaat) 2011

Tarikh Cuti

Jenis Cuti

Tarikh Ganti

31.1.2011

(Isnin)

Cuti Berganti

22.1.2011

(Sabtu)

1.2.2011

(Selasa)

Cuti Berganti

19.2.2011

(Sabtu)

2.2.2011

(Rabu)

Cuti Peristiwa

Tak perlu ganti

B. Pesta Keamatan (30 Mei dan 31 Mei 2011)

Cuti Tambahan tidak perlu, kerana Pesta Keamatan jatuh dalam Cuti Pertengahan Tahun iatu dari 27.5.2011 hingga 11.6.2011

C. Hari Gawai (1 Jun dan 2 Jun 2011)

Cuti Tambahan tidak perlu, kerana Hari Gawai jatuh dalam Cuti Pertengahan Tahun iatu dari 27.5.2011 hingga 11.6.2011

D. Hari Raya Aidilfitri (31 Ogos dan 1 September 2011)

Cuti Tambahan tidak perlu, kerana Hari Raya Aidilfitri jatuh dalam Cuti Pertengahan Penggal 2 iatu dari 26.8.2011 hingga 3.9.2011

E. Deepavali - 26 Oktober (Rabu) 2011

Tarikh Cuti

Jenis Cuti

Tarikh Ganti

24.10. 2011

(Isnin)

Cuti Berganti

9.4.2011 (Sabtu)

25.10.2011

(Selasa)

Cuti Peristiwa

Tidak Perlu Diganti

27.10.2011

(Khamis)

Cuti Berganti

23.4.2011 (Sabtu)

28.10.2011

(Jumaat)

Cuti Berganti

7.5.2011 (Sabtu)

Catatan

Cuti Tambahan ini hendaklah digantikan pada hari-hari Sabtu yang telah ditetapkan, walaupun

bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari.

Nota Sains

Assalamualaikum w.b.t


Memandangkan guru-guru di Johor kini dikehendaki melaksanakan program Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (Plan-J), saya menasihatkan agar guru Sains SMK Ungku Husin untuk memberi nota kepada pelajar. Terpulang kepada guru sama ada ingin meminta sedikit bayaran daripada pelajar untuk tujuan fotostat. Kerja menyalin nota dapat disingkatkan dan guru boleh menjalankan latihan untuk setiap sub-topik dengan lebih cepat dan berkesan.

Di sini saya ada sertakan beberapa nota yang dirasakan sesuai,

Nota Sains Tingkatan 1
Nota Sains Tingkatan 2

Untuk tambahan guru bolehlah ke halaman Bank Nota

Terima kasih.. 'Berilmu Untuk Berjasa'

Program Panitia 2011: Modul Latihan Plan-J

Assalamualaikum w.b.t


Panitia Sains SMK Ungku Husin sedang merancang dan menyiapkan modul latihan yang di kenali sebagai Latihan Plan-J dengan kerjasama semua guru Sains sekolah. Modul ini akan mengikut spesifikasi dan jumlah latihan yang telah di tetapkan dalam KPI Plan-J yang telah diedarkan kepada guru-guru bermula pada tahun 2010. Seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat panitia sains pertama 2011, berikut merupakan senarai nama guru yang bertanggungjawab untuk menyiapkan modul bersama ini:

Tingkatan 5; Bab 1-4: En. Suhata b. Tamin Bab 5-8: En. Rosdan bin Kamarulzaman
Tingkatan 4; Bab 1-4: Pn. Norzaima bt Mat Yaacob Bab 5-8: En. Rosdan bin Kamarulzaman
Tingkatan 3; Bab 1-5: Pn. Siti Farah bt. Ibrahim Bab 6-10: En. Suhata/Pn. Marlina/ Pn. Rosmah
Tingkatan 2; Bab 1-5:
Tingkatan 1; Bab 1-5:

Di minta guru berikut berjaya menyiapkan modul bersama ini secepat yang mungkin agar dapat digunakan bersama. Buat sementara waktu, guru-guru bolehlah menggunakan buku latihan yang sesuai sementara menunggu modul ini disiap dan dimurnikan. Segala kerjasama guru amatlah dihargai agar kecemerlangan Sains diteruskan lagi ke tahap yang boleh dibanggakan.

Terima kasih... 'Berilmu Untuk Berjasa'

Penyerahan fail PEKA

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian guru sains SMK Ungku Husin. Mesyuarat panitia sains yang berlangsung pada 28 Disember 2010 telah memutuskan supaya guru dapat menyerahkan fail panitia kepada guru sains kelas yang baru pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Januari 2011
Hari: Jumaat

Di minta guru mengemaskini fail sebelum menyerahkan fail PEKA pelajar kepada guru yang baru. Segala kemuskilan guru bolehlah berhubung dengan ketua panitia sains sekolah.

Powered by Blogger