Soalan Percubaan Negeri SPM 2015 Sains Teras
Soalan Percubaan Sains SPM 2015
Percubaan Selangor 2015
K1 K2 Skema
Bahan Kecemerlangan Terengganu 2015
Modul Peningkatan Prestasi Kedah 2015
Modul 2 Plus Skema
Soalan Percubaan Sains SPM 2015
Percubaan Selangor 2015
K1 K2 Skema
Bahan Kecemerlangan Terengganu 2015
Modul Peningkatan Prestasi Kedah 2015
Modul 2 Plus Skema
Buku sains PT3 yang admin dapat dari pembekal. Bentuk soalan sama seperti instrumen yang telah disediakan oleh kementerian.
Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kertas PT3 Sains 2014 terdiri daripada kira-kira 30-50% soalan (item) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT atau HOTS). Hal ini kerana Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk meningkatkan taraf pencapaian anak murid kita dalam TIMSS 2015 yang akan datang. TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) merupakan kayu ukur status pencapaian akademik negara kita dengan negara-negara yang lain, termasuk China, Singapura, Canada, Finland, Korea, Australia dan sebagainya.
Berikut adalah teknik menjawab soalan-soalan KBAT (HOTS) yang umum. Cikgu akan sediakan manual menjawab yang lebih lengkap pada masa akan datang:
Langkah 1
Baca soalan dengan teliti. Gariskan kata tugas yang digunakan dalam tajuk pokok soalan seperti: Analisiskan, bangunkan, buktikan, cadangkan, ciptakan, cerakinkan, deduksikan, hubungkaitkan, illustrasikan, kemukakan, nilaikan, tafsirkan, syorkan, wajarkah, dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa contoh teknik penyoalan item dalam soalan PT3 Sains 2014:
1) Adakah ini berlaku sekiranya....?
2) Andaikan anda seorang ahli sains, syorkan dua strategi yang boleh diambil.....
3) Nyatakan dua faktor yang relevan dengan...
4) Terangkan idea utama yang ingin dikaji dalam eksperimen ini...
5) Bagaimanakah lagi anda boleh lakukan untuk memperbaik...
Kebanyakan item PT3 Sains 2014 akan mempunyai rangsangan/stimulus, iaitu maklumat khusus dalam bentuk petikan pendek, rajah, jadual, graf, dan lain-lain.
Langkah 2
Memahami betul-betul kehendak kata tugas tersebut. Setiap soalan disusuli markah (poin). Soalan yang diberi markah 1 memerlukan satu respon yang wajar, manakala soalan yang bermarkah 2 pula memerlukan dua atau tiga respon yang wajar.
Semasa berikan jawapan (respon), pastikan anda berikan respon dalam bentuk fakta sains yang telah anda pelajari, disusuli dengan huraian yang sepadan.
Fungsi huraian adalah sebagai pernyataan sokongan (support statement) bagi fakta yang anda kemukakan itu.
Contoh item
Pada pendapat anda, bagaimanakah peningkatan suhu dan mengurangan nilai pH air laut dapat mempengaruhi jumlah populasi batu karang di dalam lautan? [4 markah]
Contoh respon
Apabila suhu air laut meningkat, keterlarutan oksigen dalam air akan menjadi kurang. Maka, kuantiti oksigen terlarut dalam air juga berkurang dan menjejaskan pertumbuhan batu karang. Apabila nilai pH air laut berkurang, iaitu air laut menjadi lebih berasid, batu karang akan mati. Hal ini kerana batu karang ialah sebatian kalsium yang boleh bertindak balas dengan asid dan dikakisnya.
Marilah cuba soalan-soalan KBAT
Anda bolehlah mencuba soalan-soalan KBAT (HOTS) mengikut topik dalam buku-buku ini:
1) Big Ideas Reference Text Science Form 1 terbitan Oxford Fajar (sudah ada di pasaran)
2) Big Ideas Reference Text Science Form 2 terbitan Oxford Fajar (sudah ada di pasaran)
3) Big Ideas Reference Text Science Form 3 terbitan Oxford Fajar (akan datang September 2014)
Klik di sini untuk melihat contoh soalan PT3 Sains
Selamat mencuba!
Berikut adalah format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Sains (Ujian Bertulis)
Assalamualaikum.... kerja kerja penambahbaikan bahan dalam blog akan dijalankan dari masa kesemasa....
-Admin-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah bersyukur kepada yang maha Esa, dengan limpah dan kurnianya program seminar pecutan kognitif dengan usahasama PPD Mersing akhirnya berjaya diadakan dengan jayanya. Program yang di kendalikan sepenuhnya oleh Guru Sains Super Jusa C Tn Haji Hamzah telah mendapat mendapat tempat di hati warga Mersing sudah sekian lama. Dan pada tahun ini Haji Hamzah telah memilih Mersing sebagai destinasinya untuk memberikan ilmu secara percuma kepada Warga di sini. Pelajar dibekalkan dengan modul dan CD secara percuma oleh pengedali program. Alhamdulillah... InsyaAllah keputusan Sains PMR dan SPM akan meningkat untuk tahun ini.
Nama Program: Seminar Pecutan Kognitif SPM
Tempat: Dewan Utama Institut Latihan Perindustrian Mersing Johor
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Sasaran: 300 orang pelajar di sekitar Mersing dan Endau (tidak termasuk Zon Tenggaroh)
Assalaualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia...
Rasanya sudah lama saya tidak update bahan dan kandungan dalam blog panscuh ini.... Hari ni rasa gatal tangan pulak.... Pada 21 haribulan bertempat di PPD Kluang Johor. Satu mesyuarat pelaksanaan kursus pedagogi sains bagi MBMMBI telah diadakan bagi menyelaras kursus pedagogi ini yang akan diadakan di seluruh daerah di negeri Johor. Jadi guru-guru sains seluruh Johor bersedialah untuk dipanggil berkursus yang berkemungkinan akan didakan pada 26, 27 dan 28 September nanti... 3 hari sahaja tak lama pun.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Peperiksaan PMR sudah bermula kelmarin, bermula dengan subjek BM dan hari ini diikuti dengan BI dan sejarah. Subjek Sains akan menjelang. Pelajar dinasihatkan supaya memulakan peperiksaan dengan bertafakur sekejap dengan membaca surah-surah amalan yang boleh menenangkan hati. Mulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah... Semoga apa yang kita usahakan selama ini membuahkan hasil yang cemerlang. Insyaallah.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia...
Cgu Dan terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat memenuhi beberapa permintaan pengunjung blog panscuh kerana kekangan tugas dan sibuk untuk persiapan teknik menjawab di beberapa buat sekolah. Hari ini 10 Julai 2012 adalah hari lahir pemimpin negara yang Cgu Dan sangat kagumi iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad...Selamat Hari Lahir Tun.. Semoga dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T sepanjang masa. Bukan nak promo, tetapi suka sekiranya pengunjung blog dapat membaca buku 'Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)', Sinopsisnya seperti di bawah. Selamat membaca....