Headcount

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sekadar untuk ulangkaji dan berkongsi maklumat bersama pengunjung berkenaan headcount...

Strategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut dianalisis sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi mata pelajarannya dapat dikenalpasti.  Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha meningkatkan potensi murid, pencapaian mata pelajaran dan pencapaian sekolah secara keseluruhan.

Istilah Headcount bermaksud :“An inventory of people in a group taken by counting individuals.”; yakni mengenal pasti bilangan individu dalam sesebuah kumpulan, organisasi atau institusi. Dalam konteks strategi akademik; Headcount didefinisikan sebagai satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun satu hingga tahun enam di sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan enam di sekolah menengah.

Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara terperinci dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan potensi murid dalam penguasaan bidang akademik. Pengesanan tersebut disusuli dengan menentukan pendekatan pengajaran yang boleh membantu ke arah penambahbaikan pembelajaran murid.

Klik untuk maklumat lengkap berkenaan headcount

Berilmu untuk Berjasa

Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia...

Cgu Dan terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat memenuhi beberapa permintaan pengunjung blog panscuh kerana kekangan tugas dan sibuk untuk persiapan teknik menjawab di beberapa buat sekolah. Hari ini 10 Julai 2012 adalah hari lahir pemimpin negara yang Cgu Dan sangat kagumi iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad...Selamat Hari Lahir Tun.. Semoga dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T sepanjang masa. Bukan nak promo, tetapi suka sekiranya pengunjung blog dapat membaca buku 'Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)', Sinopsisnya seperti di bawah. Selamat membaca....

Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)
Sinopsis:
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan.

Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad.

Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.

BIODATA PENULIS
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas.

Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru.

Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.

Berilmu untuk berjasa

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Unit 1 :Pengenalan

Kemahiran Berfikir (KB) juga dikenali Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah lama diperkenallkan dalam memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalalm kebanyakan mata pelajaran di sekolah. Penerapan KB ini amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.

Unit 2: Apakah Berfikir

Berfikir ..
.. melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. ( Mayer, 1977)

..merupakan pembentukan idea, pembentukan semual pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentyuk tertentu. (Fraenkel, 1980)

..ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991)
Apa yang dapat dirumuskan dari pandangan berkenaan ialah " Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelelesikan masalah.

Proses Berfikir
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuautu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri?. Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah:-

1. Apakah objek itu
2. Apakah kegunaannya
3. Bagimanakah menggunakannya
4. Adakah ia memberi manfaat

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan , anda menggunakan aspek yang berikut:-

Pengetahuan ( apa yang anda tahu tentang objek itu)
Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang objek itu)
Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai.

Model Kemahiran Berfikir
1. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalautif
2. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk menerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif, idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

Strategi berfikir
Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi n\beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengakaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir menaakul
membantu kita sebagai pelincir dalam mambuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Kemahiran berfikir sama ada kritis, kreatif, menaakul atau strategi berfikir semuanya saling berkait.

Kemhiran berfikir kritis membolehkan seseorang itu:-
- Mencirikan
- Membandingkan dan membezakan
- Mengumnpul dan mengelas
- Membuat urutan
- Menyusun mengikut keutamaan
- Menganalisis
- Mengesan kecondongan
- Menilai
- Membuat kesimpulan

Kemhiran berfikir Kreatif membolehkan seseorang itu:-
- menjana idea
- Menghubung kaitkan
- Membuat inferens
- Meramalkan
- Membuat hipotesis
- Mensistesiskan
- Mengitlaks
- Membuat gambaran mental
- Menganalogikan
- Mereka cipta

Kemahiran berfikir Menaakul membolehkan seseorang itu:-
- Logik
- rasional

Manakala Strategi Berfikir membolehkan seseorang itu:-
- Mengkonsepsikan
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan

Link untuk KBKK versi PPK Kementerian Pendidikan Malaysia

Berilmu untuk berjasa

Powered by Blogger