Seminar Teknik Menjawab Soalan Sains SPM 2011
By Lauser Dan
,
0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih ada lagi di dunia ini. Sebagai makluman, pihak panitia Sains SMK Ungku Husin akan mengadakan seminar teknik menjawab soalan Sains kepada calon-calon SPM yang mengambil matapelajaran Sains Teras.
Berikut adalah butiran Program berkenaan:
Nama Program: Seminar Teknik Menjawab Soalan Sains SPM
Jumlah pelajar terlibat: 150 orang pelajar.
Tarikh: 21 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 12 tengahari.
Tempat: Dewan Besar Zubedah
Diharapkan program ini akan meningkatkan peratus pencapaian sekolah yang mana agak mengecewakan semasa percubaan SPM yang lepas. Semua guru yang mengajar subjek sains di minta untuk hadir semasa seminar berlangsung bagi memantapkan lagi program dan agar golongan Halus (Harus lulus) diberi perhatian yang sewajarnya. Sekian
Berilmu untuk Berjasa