Hari Kokurikulum 2011 - Pertandingan Science Is Fun

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
23-24 Julai... Hari kokurikulum dan Hari Kantin 2011 diteruskan lagi pada tahun ini dengan beberapa acara. Bermula dengan upacara perbarisan hinggalah kepada acara penyerahan cenderamata kepada perasmi Majlis iaitu Penolong Pegawai Daerah Mersing, acara sememangnya meriah. Pada sebelah petang, berbagai acara berlangsung di beberapa lokasi. Antaranya pertandingan Science Is Fun anjuran Panitia Sains SMK Ungku Husin yang dikelolai Puan Rosmah Yusoff. Penyertaan pelajar agak memberangsangkan dengan 10 kumpulan menyertai pertandingan ini. Semoga pertandingan seperti ini diteruskan pada masa akan datang bagi mengalakkan inkuiri penemuan dan meransang pelajar agar meminati pelajaran sains. Berikut merupakan gambar-gambar semasa pertandingan berlangsung.

Berilmu untuk Berjasa






Soalan Peperiksaan Percubaan Sains PMR Negeri Terpilih 2010

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia

Berikut adalah himpunan soalan-soalan Sains percubaan PMR yang cikgu kumpul daripada beberapa blog himpunan soalan percubaan. Klik pada pautan, download dan ekstrak menggunakan WinRar. Cikgu sertakan soalan dengan skemanya sekali. Selamat berusaha.


Berilmu untuk Berjasa

Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR Mersing... Steady Ungku Husin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya juga program Seminar Kecemerlangan PMR Mersing bermula dengan jayanya di 3 lokasi terpilih. SMK Ungku Husin pada mulanya agak kelam kabut kerana dewan besar digunakan untuk perhimpunan, namun begitu alhamdulillah program berjaya dimulakan jan 9.00pagi dengan bantuan AJK yang terlibat. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak AJK masakan yang diketuai oleh En Raies dan En Abu Samah yang bertungkus lumus daripada pagi memasak makan tengahari kepada pelajar. Semangat muhibbah begini memang di nanti-nanti setiap tahun. Dan sememangnya meriah. Ia bukan sahaja menunjukkan yang kita ini menyokong program bahkan ia menarik minat pelajar untuk tinggal sehingga ke petang bagi mengikuti kursus. Tahniah kepada warga kerja program dan tak lupa guru cemerlang yang bertungkus lumus mencurahkan ilmu dan tenaga kepada pelajar.

Berilmu untuk Berjasa

Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR Mersing 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, setelah 2 kali mesyuarat penyelarasan dijalankan. Akhirnya program Guru Cemerlang daerah Mersing iaitu Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR Mersing mencapai kata putus. Program kendalian GC daerah ini adalah hasil usaha GC daerah dengan kerjasama PPD Mersing bagi meningkatkan prestasi pelajar di Daerah Mersing. Seminar ini akan dijalankan di 3 zon yang berbeza iaitu:
Zon Tenggaroh (Dewan SMK Tenggaroh)
Zon Endau (Dewan Besar Zubedah SMK Ungku Husin)
Zon Bandar (Dewan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mersing)
Tarikh: 18, 19 dan 20 Julai 2011
GC akan bergerak ke tiga zon berdasarkan jadual yang telah diedarkan. Pelajar dikenakan bayaran RM20.00 bagi menampung kos kertas dan pengurusan program. Semoga program ini mencapai matlamatnya iaitu meningkatkan kecemerlangan PMR secara menyeluruh pada tahun 2011.

Berilmu untuk Berjasa

Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains PMR Kelantan 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Berikut adalah soalan peperiksaan percubaan PMR Kelantan 2011.

Modul Celik Kemahiran Proses Sains SPM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdullillah.. syukur kepada tuhan, akhirnya siap juga Modul Celik KPS untuk SPM ini. Modul ini akan cuba diuji keberkesanannya dahulu di SMK Mersing pada 13 Julai 2011 atas jemputan sekolah itu bagi memberikan seminar teknik menjawab untuk subjek sains 1511/2 SPM. Terima kasih kepada JKD Panitia Sains SMK Mersing, iaitu Puan Yuhalis kerana sudi menjemput saya selaku penceramah undangan. Modul ini akan dikembangkan lagi kepada Modul Celik Kemahiran Mengeksperimen dan Modul Celik Kemahiran Berfikir sedikit masa lagi. Insyaallah.

Berilmu untuk Berjasa

Siri Modul Celik
Modul Celik: Kemahiran proses sains skema
Modul Celik: Kemahiran mengeksperimen
Modul Celik: Kemahiran berfikir

Larian Pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...
Memang meriah sekali larian pelancaran 1 murid 1 sukan peringkat SMK Ungku Husin yang berlangsung pada 2 Julai 2011. Larian yang disertai oleh guru-guru dan pelajar ini menunjukkan kesediaan kita menerima dasar baru ini. Walaupun jarak hanya sekitar 2 KM sahaja, tetapi boleh tahan juga semput bagi kami warga pendidik. Program diteruskan dengan ceramah motivasi oleh penceramah jemputan dan hari terbuka untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Tahniah kepada warga kerja yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Berilmu untuk Berjasa








Powered by Blogger