Kelas Bimbingan Malam 2011
By Lauser Dan
,
0 Comments
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi sihat dan dapat meneruskan kehidupan dengan sejahtera. Memandangkan keputusan peperiksaan yang agak lemah pada peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini, pihak panitia telah mengambil beberapa pendekatan proaktif bagi mengatasi masalah ini. Kelas tambahan malam adalah satu pendekatan tambahan bagi mengatasi masalah ini. Suasana malam yang agak sunyi menghasilkan satu persekitaran baru kepada pelajar. Cuma pelajar hendaklah meminta kebenaran ibubapa dahulu untuk menghadiri kelas ini kerana faktor keselamatan. Kelas tambahan malam anjuran saya sendiri ini hanya menghadkan kepada 50 orang pelajar sahaja. Bahan akan dicetak untuk 50 set sahaja. So first come first serve. Butiran kelas adalah seperti berikut:
Nama program: Kelas Bimbingan Malam
Masa: 8.15 malam hingga 9.45 malam
Tarikh: 4 July 2011 (form 3), 11 July 2011 (form 5), 18 July 2011 (form 3) dan 25 July 2011 (form 5) (bergilir)
Modul dan skema akan diupload dalam masa terdekat. Diharapkan kehadiran pelajar mencapai sasaran. Suka diingatkan tiada bayaran dikenakan kepada pelajar.