Gambar Majlis Kecemerlangan Pelajar 2010
Tajuk: Majlis Kecemerlangan Pelajar 2010
Latihan Program Elit SPM Sains 2010
Perhatian kepada guru Sains yang terlibat dengan program Elit SPM 2010. Di sini saya mencadangkan beberapa soalan percubaan yang boleh guru gunakan untuk sesi perbincangan dengan pelajar berhubung program berkenaan. Guru boleh memuat-turun soalan percubaan di sini.
Program Elit 1 : Percubaan Sabah 2010 Plus Skema
Program Elit 2 : Percubaan Kelantan 2010
Program Elit 3 : Percubaan Pahang 2010 Plus Skema
Program Elit 4 : Percubaan Terengganu 2010 Plus Skema
Program Elit 5 : Percubaan Perak 2010 Plus Skema
Program Elit 6 : Percubaan Negeri Sembilan 2010 Plus Skema
Program Elit 7 : Percubaan Kedah 2010 Plus Skema
Sila print dalam bentuk landscape dan photostat depan belakang bagi menjimatkan kos percetakan. Terima kasih.
Mesyuarat dan Pelancaran Program Elit dan Teman Belajar SPM 2010
SMK Ungku Husin sekali lagi mengatur langkah positif bagi meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah dengan melancarkan program Elit dan Teman Belajar SPM untuk tahun 2010. Program ini mirip program perkampungan PMR yang selesai dengan jayanya sesudahnya peperiksaan PMR selesai. Seperti program perkampungan PMR sebelum ini, program ini disambut baik oleh rata-rata warga pendidik di sini dan masing-masing akur dengan tugas. Syabas guru SMK Ungku Husin. Pihak pentadbir mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Koperasi SMK Ungku Husin iaitu En. Ibrahim b. Daud yang sedia menyumbang RM 1000 bagi menjayakan program ini. Wakil PIBG SMK Ungku Husin, En Zulhilmi juga turut menerima pujian daripada pihak pentadbir atas sumbangan, baik dari segi wang ringgit mahupun kerjasama yang diberikan oleh pihak PIBG bagi menjayakan beberapa program sekolah. Pelawat boleh melihat Jadual perjalanan program dengan klik pada pautan di bawah.
Jadual Program Elit SPM *Baru
Jadual Program Teman Belajar SPM
Bank Soalan SPM
Kepada pelawat terutamanya student SPM Cikgu Dan. Anda boleh lawati laman Bank Soalan SPM dengan klik di sini.
Bagi yang ingin mendapatkan modul JUJ terbaru 2010 sila ke ruangan Bank Modul atau klik di sini.
Soalan Gerak Gempur (GG) SPM 2010 Negeri Perak
Jabatan Pelajaran Negeri Perak Darul Redzuan telah melancarkan gerak gempur (GG) bagi meningkatkan pencapaian pelajar di negeri ini. Pelawat boleh melawati laman berkenaan dengan klik pada tajuk blog. Bagi pelawat yang ingin mendapatkan soalan gerak gempur Sains SPM (kertas 2 shj) bolehlah klik di sini untuk download. Bersama-sama kita meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar kita.
UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin
SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR."Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik."Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan. "Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.
Rujukan http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UPSRkekal_PMRdigantipenilaiansekolahmulai2016_Muhyiddin/Article
Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.
Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November
2010/09/30 KUALA LUMPUR: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor. Katanya, pindaan tarikh itu juga dimuat turun di laman sesawang LPM pada minggu pertama bulan Jun lalu, sementara jadual waktu peperiksaan SPM yang baru sudah pun dicetak dan dihantar ke semua Jabatan Pelajaran negeri untuk diedarkan ke semua sekolah menengah pada 23 Julai lalu. Kementerian itu berkata, pemindaan tarikh peperiksaan itu dibuat berikutan langkah kerajaan Johor mewartakan 22 November sebagai cuti umum negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lalu.
Dengan itu, peperiksaan SPM tahun ini akan bermula dari 23 November dan berakhir pada 20 Disember 2010, katanya. - BERNAMA