Program Perkampungan PMR 2011

SMK Ungku Husin meneruskan Program Perkampungan PMR 2011 seperti tahun lepas yang dijadualkan bermula pada 10.9.2011.

Matlamat Program:

  1. Memberi kesediaan kepada pelajar tentang kepentingan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan.
  2. Memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah calon-calon PMR 2011 sesuai dengan misi dan visi SMK Ungku Husin.
  3. Meningkatkan peratus kelulusan PMR kepada 80%

Objektif Program:

  1. Meningkatkan prestasi akademik pelajar Tingkatan 3 dalam semua matapelajaran
  2. Mendedahkan pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan PMR.
  3. Membentuk kumpulan belajar.
  4. Mewujudkan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
  5. Guru mata pelajaran membimbing pelajar memahami sukatan pelajaran mata pelajaran PMR

Pelawat boleh mendapatkan jadual tentatif program dengan klik pada Gambar.

Soalan Popular Sains PMR 2011


Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan Sains SPM 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Peperiksaan percubaan SPM sedang berlangsung di beberapa buah negeri termasuk Johor. Namun begitu terdapat beberapa buah negeri yang telah selesai menjalani peperiksaan percubaan antaranya terengganu dan kedah. Cikgu akan update dari masa ke semasa soalan percubaan negeri SPM 2011 untuk pelajar semua.


Terima kasih kepada Bumigemilang.com, banksoalanspm.blogspot.com dan greatteacheronizukasara.blogspot.com untuk kertas soalan percubaan ini.

Berilmu untuk Berjasa

Majlis Solat Hajat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya bertemu lagi kita di blog panscuh ini. Pada Khamis 8 September 2011 baru-baru ini berlansung satu solat hajat secara mengejut. Maklumat disampaikan oleh tuan pengetua, Tuan Samadi Duriat semasa mesyuarat post mortem peperiksaan percubaan PMR 2011. Walaupun secara tidak dirancang, solat hajat berlangsung sempurna dengan kehadiran lebih 20 orang pelajar di Surau sekolah. Tuan Pengetua sempat memberi tazkirah kepada pelajar. Antara amanat beliau adalah; tingkatkan pencapaian PMR kerana pencapaian percubaan baru-baru ini kurang berbanding pencapaian percubaan PMR tahun lepas. Banyakkan berdoa kerana selain usaha doa adalah salah satu ikhtiar kita untuk kejayaan.
Berilmu untuk Berjasa

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Powered by Blogger