Petrosains merupakan sebuah Organisasi di bawah tajaan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) yang tidak berasaskan keuntungan.
Pihak Petrosains menawarkan Program "Creative Science Fof Schools" kepada pelajar-pelajar. Program ini merupakan program di mana sains dan matematik dijadikan asas yang menarik melalui aktiviti secara "hand-on" dan penemuan yang menyeronokan. Program ini direka khas untuk menyokong dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sains dan matematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pihak sekolah digalakkan membuat perancangan dan menyertai program ini sebagai salah satu aktiviti luar kelas dan menambah nilai pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Sebarang pertanyaan tentang program ini boleh diajukan kepada Puan Izhana Fitri Mohd Rawi di talian 03-23311097 atau En Nor Azhar Ishak di talian 03-23311851.
Maklumat lanjut sila layari www.petrosains.com.my
Berilmu untuk Berjasa
Assalamulaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia
Pihak Panitia Sains SMK Ungku Husin pada tahun ini memperkenalkan program 2 minit bercerita tentang sains semasa perhimpunan sekolah. Seperti Panitia BM yang memperkenalkan peribahasa mingguan, pihak panitia merasakan perlu untuk pelajar mendapat input berkaitan dengan sains semasa perhimpunan sekolah ini. Objektifnya adalah untuk menyedarkan masyarakat sekolah tentang kepentingan sains dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, program ini juga diharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan warga sekolah berkaitan tentang sains. Diharap program mendapat maklum balas positif daripada pelajar.
Berilmu untuk Berjasa
Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia...
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog panitia ini sehingga mencapai hit angka lebih 60000 pengunjung setakat ini... Untuk pengetahuan semua saya ingin mengumpul slaid powerpoint sains dalam Bahasa Melayu yang guru telah buat untuk dikongsi bersama dengan pengunjung. Matlamatnya adalah untuk memudahkan semua guru sains mendapat BBM untuk pengajaran.... Cikgu2 boleh mengemailkan slaid powerpoint p&p ke panscuh@gmail.com. Slaid ini akan saya postkan di blog ini pada ruangan
Edaran. Sebagai permulaan saya akan memaparkan slaid powerpoint yang telah saya buat. Semoga usaha ini dapat dikongsi bersama supaya dapat menghasilkan satu pengajaran yang lebih berkualiti.
Berilmu untuk Berjasa
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Berikut adalah tarikh terkini yang ditetapkan oleh lembaga peperiksaan untuk semua peperiksaan awam malaysia.....
TAKWIM PEPERIKSAAN 2012
(SPMU) Bertulis 12 - 13 Jun 2012 (Isnin - Selasa)
(UPSR) Bertulis 11 - 13 September 2012 (Selasa - Khamis)
(PMR) Bertulis 9 - 11 Oktober 2012 (Selasa - Khamis)
15 - 16 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)
(STAM) Lisan 9 - 12 Julai 2012 (Isnin - Khamis)
16 - 19 Julai 2012 (Isnin - Khamis)
Bertulis 16 - 18 Oktober 2012 (Selasa - Khamis)
22 - 23 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)
(SPM) Bertulis 5 November - 6 Disember 2012
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Berikut merupakan link untuk mendapatkan Huraian Sukatan Pelajaran Baru Sains 2012. Sila klik pada pautan di bawah.
Berilmu untuk Berjasa
Assalamualaikum w.b.t.. dan salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya masih sempat saya memanjangkan jari menulis di sini. Tahniah kepada calon PMR 2011 yang baru sahaja mendapat keputusan pada hari khamis lepas. Rata-rata agak gembira dengan keputusan dan ada juga yang tak berapa gembira. Saya tidak akan sentuh keseluruhan matapelajaran.. Lebih tumpuan kepada matapelajaran Sains sahaja. Peratus pencapaian sebenarnya lebih kurang sahaja dengan tahun lepas walaupun peratus menguasai mengalami sedikit penurunan. Peratus menguasai menurun dari:
92.83% pada tahun 2010 ke 88.96% pada tahun 2011
namun begitu, Bilangan yang mendapat A bertambah daripada tahun lepas ke 66 orang daripada 326 orang calon. Tahniah kepada yang berjaya.
Klik link dibawah untuk melihat pencapaian pelajar Mersing dan SMK Ungku Husin (Sains)
Untuk keseluruhan... Sila ke Mersinghebat.blogspot.com
2011 sudah berlalu... 2012 menanti.. Pasti 2012 menjanjikan cabaran yang baru kepada calon PMR nanti... berusahalah daripada sekarang.. Kejayaan akan menjadi milik anda kelak.
Berilmu untuk Berjasa
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita masih dapat bertemu lagi di sini. Bersyukur juga kerana peperiksaan kertas Sains 1511 SPM telah selesai pada hari khamis lepas. Ada sedikit gembira dengan soalan Sains yang keluar dalam exam baru-baru ini.. Hampir 80% tajuk yang dijangkakan keluar dalam exam kali ini. Tajuk yang terdapat dalam exam Sains baru2 ini adalah:
Sains 1511/2 (Sains Kertas 2)
- Variasi
- Tindakbalas antara logam dengan asid
- Kesan suhu terhadap mikroorganisma
- Momentum
- Otak manusia
- Radioaktif
- Ozon
- Pemprosesan makanan - pempasturan susu
- Plastik
- Larutan kultur Knop
- Penapis cahaya / penyerakan cahaya
- Lemak tepu dan tak tepu.
Alhamdulilllah terdapat beberapa topik yang mengenai sasaran. Dan yang tidak kena pada sasaran pun rasanya Cikgu Dan sudah bincangkannya semasa sesi bengkel dan kelas tambahan. Cikgu Dan hanya mampu berdoa dan bertawakal sahaja sekarang agar pelajar Cikgu Dan mendapat keputusan yang cemerlang demi diri dan sekolah. Dan kepada pelajar maya Cikgu Dan pun doakan sama. Jangan lupa diri selepas ini dan sentiasa berusaha hingga matlamat diri tercapai.
Berilmu untuk Berjasa
Assalamualaikum w.b.t...
Tajuk ramalan ini adalah sumbangan Cikgu Hamzah (pecutan kognitif) yang baru dikirimkan kepada saya. Buatlah ulangkaji yer.
1. Keperluan nutrien tumbuhan
2. Kekonduksian haba
3. Penapis berwarna
4. Radioaktif dan kegunaannya
5. Inersia
6. Antibiotik
7. logam dan bukan logam
8. Pemprosesan makanan
9. Hormon
10. Jadual berkala
11. Tindakbalas kimia
Terima kasih banyak Cikgu Hamzah (pecutan kognitf) untuk tips ini.
Berilmu untuk Berjasa
Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia...
Berikut adalah Rangkuman perbandingan soalan percubaan sains SPM bagi beberapa buah negeri. Gunakan ia sebagai panduan untuk anda meniti peperiksaan SPM nanti. Klik pada gambar untuk besarkan image.
Diharapkan ia dapat membantu anda. Kredit buat GTO untuk bahan yang berguna ini.
Berilmu untuk Berjasa
SECTION A
- Heat conductivity of meal (Kekonduksian haba bagi hidangan) / non-metal or reactivity of metal with oxygen (Kereaktifan logam dan bukan logam dengan oksigen)
- Nervous / Endocrine system (Sistem saraf dan sistem endokrin) / Continuous or discontinuous variation (Variasi selanjar dan tidak selanjar)
- Radioactive (Bahan radioaktif) / Periodic table (Jadual berkala)
- Mikroorganism (Mikroorganisma)
SECTION B
- Culture knop / Thermoplastic or thermosets (Larutan knop / termoplastik atau termoset)
- Pin-hole camera / mitosis / meiosis (Kamera lubang jarum / mitosis / meiosis)
- Soap / fats (Sabun / lemak)
- Mirror / Light colour (Cermin satah / cahaya berwarna)
- Alloy / Haber process (Ammonia) (Aloi / proses Haber)
Extra
- Gelombang- Sistem penerima bagi radio
- Motion (Gerakan)
SECTION C
- Inertia- Pail swing (Inersia - ayunan baldi)
- Making decision (Membuat pilihan) Ozone and water / air pollution (ozon dan air / pencemaran udara)
- Built a Concept (Membina konsep) Electrolysis of extraction or purification / Thermoplastic & Thermosets (Elektrolisis - pengekstrakkan atau penulenan / termoplastik dan termoset)
Selamat menjalani peperiksaan. Cikgu Dan doakan kamu semua berjaya dengan cemerlang.
Berilmu untuk Berjasa