Soalan Sains Spot PMR 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Peperiksaan PMR sudah bermula kelmarin, bermula dengan subjek BM dan hari ini diikuti dengan BI dan sejarah. Subjek Sains akan menjelang. Pelajar dinasihatkan supaya memulakan peperiksaan dengan bertafakur sekejap dengan membaca surah-surah amalan yang boleh menenangkan hati. Mulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah... Semoga apa yang kita usahakan selama ini membuahkan hasil yang cemerlang. Insyaallah.

Disini Cikgu Dan ingin memberi tajuk-tajuk yang dirasakan mungkin akan keluar di dalam peperiksaan Sains PMR pada tahun ini. Setelah di analisis soalan percubaan negeri seperti di bawah, Cikgu Dan rasa tajuk yang bakal keluar adalah seperti berikut:
Tajuk Spot Sains PMR 2012:
1. Jirim
2. Ketumpatan
3. Haba
4. Sistem Sokongan (Haiwan dan Tumbuhan)
5. Perkumuhan
6. Kitaran haid
7. Tanah dan sumbernya
8. Organ deria

Harap tajuk tajuk ini kena... kalau tak kena jangan salahkan Cikgu kerana kita hanya dapat spot sahaja. Yang paling baik adalah kita ulangkaji semua tajuk. Insyaallah kita akan berjaya.

Berilmu unutuk Berjasa

Percubaan Sains SPM Mersing 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Atas permintaan pelajar, di sini Cikgu Dan upload kertas soalan berserta skema soalan percubaan SPM daerah Mersing Johor tahun 2012. Harap ia dapat membantu kamu untuk mengulangkajinya.

Kertas soalan dan skema percubaan SPM sains Mersing 2012

Download file dan gunakan perisian winrar untuk membuka file.

Berilmu untuk Berjasa

Soalan Percubaan Sains PMR 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Berikut adalah soalan percubaan Sains PMR negeri-negeri di Malaysia untuk tahun 2012.

Soalan Percubaan Sains PMR Kedah 2012
Soalan Percubaan Sains PMR Kelantan 2012
Soalan Percubaan Sains PMR Perak 2012
Soalan Percubaan Sains PMR SBP 2012
Soalan Percubaan Sains PMR Negeri Sembilan 2012
Soalan Percubaan Sains PMR Pahang 2012
Soalan Percubaan Sains PMR Terengganu 2012
Soalan Percubaan Sains PMR Melaka 2012
Soalan Percubaan Sains PMR Perlis 2012

Download dan unrar file dengan menggunakan perisian Winrar.

Berilmu untuk berjasa

Bengkel Menjawab Soalan Sains SPM 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat lagi Cikgu Dan menulis di blog panscuh ini... Hari ni satu bengkel menjawab soalan sains SPM akan dijalankan di SMK Pai Chee di Mersing. 2 minggu lepas Cikgu Dan di SMK Mersing untuk ceramah teknik menjawab, kali ni giliran SMK Pai Chee pula. Kali ini lebih mencabar kerana mungkin bengkel ini dilaksanakan semasa bulan puasa... hehe kering tekak Cikgu Dan nanti. Walau apa pun itu bukannya alasan untuk berjasa kepada pelajar di Mersing ini... Kepada pengunjung blog panscuh ini. Cikgu Dan mohon ampun dan maaf kerana tidak sempat untuk update blog ini dan ada sesetengah bahan yang terdapat di dalam blog ini sudah tamat tempoh simpanan di dalam hosting data. Insyaallah Cikgu Dan akan kemaskini sekiranya ada masa terluang nanti... Kepada pelajar PMR dan SPM yang bakal menempuh peperiksaan percubaan 1 atau 2 minggu lagi Cikgu Dan doakan anda berjaya. Tingkatkan azam supaya menjadi insan yang cemerlang.
Berilmu untuk Berjasa

Headcount

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sekadar untuk ulangkaji dan berkongsi maklumat bersama pengunjung berkenaan headcount...

Strategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut dianalisis sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi mata pelajarannya dapat dikenalpasti.  Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha meningkatkan potensi murid, pencapaian mata pelajaran dan pencapaian sekolah secara keseluruhan.

Istilah Headcount bermaksud :“An inventory of people in a group taken by counting individuals.”; yakni mengenal pasti bilangan individu dalam sesebuah kumpulan, organisasi atau institusi. Dalam konteks strategi akademik; Headcount didefinisikan sebagai satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun satu hingga tahun enam di sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan enam di sekolah menengah.

Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara terperinci dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan potensi murid dalam penguasaan bidang akademik. Pengesanan tersebut disusuli dengan menentukan pendekatan pengajaran yang boleh membantu ke arah penambahbaikan pembelajaran murid.

Klik untuk maklumat lengkap berkenaan headcount

Berilmu untuk Berjasa

Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia...

Cgu Dan terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat memenuhi beberapa permintaan pengunjung blog panscuh kerana kekangan tugas dan sibuk untuk persiapan teknik menjawab di beberapa buat sekolah. Hari ini 10 Julai 2012 adalah hari lahir pemimpin negara yang Cgu Dan sangat kagumi iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad...Selamat Hari Lahir Tun.. Semoga dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T sepanjang masa. Bukan nak promo, tetapi suka sekiranya pengunjung blog dapat membaca buku 'Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)', Sinopsisnya seperti di bawah. Selamat membaca....

Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)
Sinopsis:
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan.

Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad.

Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.

BIODATA PENULIS
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas.

Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru.

Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.

Berilmu untuk berjasa

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Unit 1 :Pengenalan

Kemahiran Berfikir (KB) juga dikenali Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah lama diperkenallkan dalam memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalalm kebanyakan mata pelajaran di sekolah. Penerapan KB ini amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.

Unit 2: Apakah Berfikir

Berfikir ..
.. melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. ( Mayer, 1977)

..merupakan pembentukan idea, pembentukan semual pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentyuk tertentu. (Fraenkel, 1980)

..ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991)
Apa yang dapat dirumuskan dari pandangan berkenaan ialah " Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelelesikan masalah.

Proses Berfikir
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuautu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri?. Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah:-

1. Apakah objek itu
2. Apakah kegunaannya
3. Bagimanakah menggunakannya
4. Adakah ia memberi manfaat

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan , anda menggunakan aspek yang berikut:-

Pengetahuan ( apa yang anda tahu tentang objek itu)
Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang objek itu)
Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai.

Model Kemahiran Berfikir
1. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalautif
2. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk menerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif, idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

Strategi berfikir
Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi n\beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengakaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir menaakul
membantu kita sebagai pelincir dalam mambuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Kemahiran berfikir sama ada kritis, kreatif, menaakul atau strategi berfikir semuanya saling berkait.

Kemhiran berfikir kritis membolehkan seseorang itu:-
- Mencirikan
- Membandingkan dan membezakan
- Mengumnpul dan mengelas
- Membuat urutan
- Menyusun mengikut keutamaan
- Menganalisis
- Mengesan kecondongan
- Menilai
- Membuat kesimpulan

Kemhiran berfikir Kreatif membolehkan seseorang itu:-
- menjana idea
- Menghubung kaitkan
- Membuat inferens
- Meramalkan
- Membuat hipotesis
- Mensistesiskan
- Mengitlaks
- Membuat gambaran mental
- Menganalogikan
- Mereka cipta

Kemahiran berfikir Menaakul membolehkan seseorang itu:-
- Logik
- rasional

Manakala Strategi Berfikir membolehkan seseorang itu:-
- Mengkonsepsikan
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan

Link untuk KBKK versi PPK Kementerian Pendidikan Malaysia

Berilmu untuk berjasa

Seminar Kecemerlangan PMR Mersing 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya program kedua anjuran MGC Mersing iaitu seminar kecemerlangan PMR Mersing berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Terdapat perubahan jadual bagi pelaksanaan program ini di Zon Endau kerana SMK Ungku Husin sedang berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah pada tarikh pelaksanaan yang ingin dijalankan. Namun begitu Zon Tenggaroh dan Zon Bandar program berjalan seperti biasa. Maklumat Program adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 - 28 Jun 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :
Zon Mersing dan Nitar - Dewan Kuliah ILP Mersing.
Zon Tenggaroh - Dewan SMK Tenggaroh A

(PINDA kepada 3,4 dan 5 Julai 2012)
Zon Endau - Dewan Zabedah, SMK Ungku Husin.

Sasaran : 401 orang Calon-Calon PMR 2012.
Mata Pelajaran yang terlibat :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam

Lampiran :

Semoga usaha murni MGC Mersing bersama PPD Mersing ini mendapat keberkatan Allah S.W.T dan semoga calon PMR pada tahun ini cemerlang dan terbilang.

Berilmu untuk Berjasa

TAKLIMAT PENYELARASAN FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan satu Penyelarasan Festival Sains Dan Teknologi Peringkat Daerah Mersing Tahun 2012 mengikut ketetapan yang berikut:


Tarikh : 20 Jun 2012
Hari : Rabu 
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Mersing


Agenda Mesyuarat :
i. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
ii. Perbincangan Penyelarasan Pertandingan
iii. Perkara Berbangkit / Hal-Hal Lain


Sebarang pertanyaan, bolehlah dipanjangkan kepada En Nor Azmi Bin Mohd Nor, Penolong PPD Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing di talian 013-7676 345.

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Kepada insan yang bergelar bapa, Cikgu Dan ucapkan selamat hari bapa. Jadilah bapa yang soleh, bapa yang berjaya mendidik anak-anak dan bapa yang dapat mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



video

Berilmu untuk Berjasa

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Setara Negeri Johor 2012

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia...

Klik untuk download Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Setara Negeri Johor 2012 dalam bentuk pdf.

Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains PMR Kertas 1
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains PMR Kertas 2
Skema PMR
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains SPM Kertas 1
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains SPM Kertas 2
Skema SPM

Atau klik di sini untuk download soalan

Untuk skema sila hubungi admin di FB atau Email. (Untuk Pemeriksa Sahaja)

Berilmu untuk Berjasa

Sekitar Bengkel Bersepadu Sains PMR 2012

























Bengkel Bersepadu Sains PMR 2012


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, tercapai juga rancangan saya untuk tahun ini iaitu bagi menyiapkan bahan untuk kegunaan guru sains SMK Ungku Husin bagi bengkel bersepadu (kecuali kelas RK). CD yang saya bekalkan kepada guru mengandungi 4 item iaitu:

1. Modul Bengkel
2. Skema Modul Bengkel
3. Slaid powerpoint 
4. Cover

Di harap agar program kali ini akan memberi impak kepada kecemerlangan PMR khususnya untuk subjek sains. 

Berilmu untuk Berjasa

Program Kecemerlangan 3RK 2012

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia


Panitia sains SMK Ungku Husin akan menjalankan program kecemerlangan akademik seperti yang dirancang di dalam takwim tahunan sekolah dengan mengadakan program bengkel sesi pertama khas untuk pelajar tingkatan 3RK. Program ini akan menggunakan modul ' capai kecemerlangan' yang disediakan oleh saya sendiri. Pada tahun ini, pelajar akan dikelaskan mengikut 3 tahap pencapaian iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Diharap dengan pengubahsuaian yang dilakukan panitia akan melonjakkan lagi pencapaian matapelajaran Sains sekolah ini.

Program: Bengkel kecemerlangan pelajar RK
Modul: Capai Kecemerlangan 2012
Moderator: Rosdan Kamarulzaman, Faridah Othman, Siti Farah Ibrahim dan Rosmah Yusoff
Masa: 8.00 pagi - 1.30 tgh
Tempat: Bilik Komputer Abdul Ghafur SMK Ungku Husin
Jumlah Pelajar: 70 orang

Berilmu untuk Berjasa

Seminar Kecemerlangan PMR Daerah Mersing Bil. 1 tahun 2012

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing, tajaan bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) akan menganjurkan seminar berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 dan 27 Mac 2012 (Isnin dan Selasa)
Masa : 7.45 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Calon-Calon PMR 2012 (Anak Yatim)

Mesyuarat Penyelarasan Program Kecemerlangan Anak Yatim Mersing 2012

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia..

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya bertemu lagi kita di halaman ini. Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing mengorak langkah awal menuju kecemerlangan dengan mengadakan Program Kecemerlangan khusus untuk anak-anak yatim daerah Mersing. Program dengan bantuan kewangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapem) ini dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing. Matapelajaran yang terlibat adalah: B. Melayu, B. Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Sejarah. Untuk matapelajaran Sains, program bermula pada pukul 11.00 hingga 1.00 tengahari. Diharap program berjalan dengan lancar.

Jadual Tentatif:

TARIKH
MATA PELAJARAN
MASA
FASILITATOR
20 MAC 2012
ICE BREAKING
8.00 – 830
PN. HALIZA BINTI JELANI
BAHASA MELAYU
8.30 - 10.30
PN NURAINI BINTI ABDULLAH
SAINS
11.00 - 1.00
EN. ROSDAN BIN KAMARULZAMAN
PENDIDIKAN ISLAM
2.30 - 4.30
EN ZAMRI BIN ABDULLAH
EN WAN BAZLI FARIZ BIN WAN BAKAR
21 MAC 2012
SEJARAH
8.00 – 10.00
EN. ZAMNI BIN ABDULLAH
PN SUKAWATI BINTI MOHD NOR
MATEMATIK
10.30 – 12.30
EN. MERHALIM BIN ALI
EN EZHAN BIN IBRAHIM
BAHASA INGGERIS
2.00 – 4.00
EN SHEIKH FAUZI BIN ALI

Berilmu untuk Berjasa

Rancangan Pengajaran Tahunan Sains (BM)

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia


Maaf kepada semua pegunjung blog ini. Rasanya agak lama saya tidak update entry di blog Panitia Sains ini. Mungkin agak sibuk dengan masalah peribadi dan profesional.

Di atas permintaan ramai, saya akan update rancangan tahunan sains dalam BM secara beperingkat. Ia mengikut format Plan J. Diharap ia dapat membantu guru semua.

Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Tingkatan 1
Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Tingkatan 2
Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Tingkatan 3
Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Tingkatan 5

Berilmu untuk Berjasa

PROGRAM CREATIVE SCIENCE FOR SCHOOL (CSS)

Petrosains merupakan sebuah Organisasi di bawah tajaan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) yang tidak berasaskan keuntungan.
Pihak Petrosains menawarkan Program "Creative Science Fof Schools" kepada pelajar-pelajar. Program ini merupakan program di mana sains dan matematik dijadikan asas yang menarik melalui aktiviti secara "hand-on" dan penemuan yang menyeronokan. Program ini direka khas untuk menyokong dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sains dan matematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pihak sekolah digalakkan membuat perancangan dan menyertai program ini sebagai salah satu aktiviti luar kelas dan menambah nilai pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Sebarang pertanyaan tentang program ini boleh diajukan kepada Puan Izhana Fitri Mohd Rawi di talian 03-23311097 atau En Nor Azhar Ishak di talian 03-23311851.

Maklumat lanjut sila layari www.petrosains.com.my


Berilmu untuk Berjasa

Program 2 Minit Bercerita Tentang Sains

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia


Pihak Panitia Sains SMK Ungku Husin pada tahun ini memperkenalkan program 2 minit bercerita tentang sains semasa perhimpunan sekolah. Seperti Panitia BM yang memperkenalkan peribahasa mingguan, pihak panitia merasakan perlu untuk pelajar mendapat input berkaitan dengan sains semasa perhimpunan sekolah ini. Objektifnya adalah untuk menyedarkan masyarakat sekolah tentang kepentingan sains dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, program ini juga diharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan warga sekolah berkaitan tentang sains. Diharap program mendapat maklum balas positif daripada pelajar.

Berilmu untuk Berjasa

Slaid Powerpoint Sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Dalam BM)

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia...


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog panitia ini sehingga mencapai hit angka lebih 60000 pengunjung setakat ini... Untuk pengetahuan semua saya ingin mengumpul slaid powerpoint sains dalam Bahasa Melayu yang guru telah buat untuk dikongsi bersama dengan pengunjung. Matlamatnya adalah untuk memudahkan semua guru sains mendapat BBM untuk pengajaran.... Cikgu2 boleh mengemailkan slaid powerpoint p&p ke panscuh@gmail.com. Slaid ini akan saya postkan di blog ini pada ruangan Edaran. Sebagai permulaan saya akan memaparkan slaid powerpoint yang telah saya buat. Semoga usaha ini dapat dikongsi bersama supaya dapat menghasilkan satu pengajaran yang lebih berkualiti.

Berilmu untuk Berjasa

Tarikh Peperiksaan Awam Malaysia 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Berikut adalah tarikh terkini yang ditetapkan oleh lembaga peperiksaan untuk semua peperiksaan awam malaysia.....

TAKWIM PEPERIKSAAN 2012

(SPMU) Bertulis 12 - 13 Jun 2012 (Isnin - Selasa)
(UPSR) Bertulis 11 - 13 September 2012 (Selasa - Khamis)

(PMR) Bertulis 9 - 11 Oktober 2012 (Selasa - Khamis)
15 - 16 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)
(STAM) Lisan 9 - 12 Julai 2012 (Isnin - Khamis)

16 - 19 Julai 2012 (Isnin - Khamis)
Bertulis 16 - 18 Oktober 2012 (Selasa - Khamis)

22 - 23 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)

(SPM) Bertulis 5 November - 6 Disember 2012
sumber : Klik disini

Huraian Sukatan Pelajaran Sains (Versi BM 2012)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Berikut merupakan link untuk mendapatkan Huraian Sukatan Pelajaran Baru Sains 2012. Sila klik pada pautan di bawah.


Berilmu untuk Berjasa

Powered by Blogger