Seminar Kecemerlangan PMR Mersing 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya program kedua anjuran MGC Mersing iaitu seminar kecemerlangan PMR Mersing berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Terdapat perubahan jadual bagi pelaksanaan program ini di Zon Endau kerana SMK Ungku Husin sedang berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah pada tarikh pelaksanaan yang ingin dijalankan. Namun begitu Zon Tenggaroh dan Zon Bandar program berjalan seperti biasa. Maklumat Program adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 - 28 Jun 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :
Zon Mersing dan Nitar - Dewan Kuliah ILP Mersing.
Zon Tenggaroh - Dewan SMK Tenggaroh A

(PINDA kepada 3,4 dan 5 Julai 2012)
Zon Endau - Dewan Zabedah, SMK Ungku Husin.

Sasaran : 401 orang Calon-Calon PMR 2012.
Mata Pelajaran yang terlibat :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam

Lampiran :

Semoga usaha murni MGC Mersing bersama PPD Mersing ini mendapat keberkatan Allah S.W.T dan semoga calon PMR pada tahun ini cemerlang dan terbilang.

Berilmu untuk Berjasa

TAKLIMAT PENYELARASAN FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan satu Penyelarasan Festival Sains Dan Teknologi Peringkat Daerah Mersing Tahun 2012 mengikut ketetapan yang berikut:


Tarikh : 20 Jun 2012
Hari : Rabu 
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Mersing


Agenda Mesyuarat :
i. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
ii. Perbincangan Penyelarasan Pertandingan
iii. Perkara Berbangkit / Hal-Hal Lain


Sebarang pertanyaan, bolehlah dipanjangkan kepada En Nor Azmi Bin Mohd Nor, Penolong PPD Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing di talian 013-7676 345.

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Kepada insan yang bergelar bapa, Cikgu Dan ucapkan selamat hari bapa. Jadilah bapa yang soleh, bapa yang berjaya mendidik anak-anak dan bapa yang dapat mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



video

Berilmu untuk Berjasa

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Setara Negeri Johor 2012

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia...

Klik untuk download Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Setara Negeri Johor 2012 dalam bentuk pdf.

Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains PMR Kertas 1
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains PMR Kertas 2
Skema PMR
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains SPM Kertas 1
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains SPM Kertas 2
Skema SPM

Atau klik di sini untuk download soalan

Untuk skema sila hubungi admin di FB atau Email. (Untuk Pemeriksa Sahaja)

Berilmu untuk Berjasa

Powered by Blogger