Majlis Solat Hajat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya bertemu lagi kita di blog panscuh ini. Pada Khamis 8 September 2011 baru-baru ini berlansung satu solat hajat secara mengejut. Maklumat disampaikan oleh tuan pengetua, Tuan Samadi Duriat semasa mesyuarat post mortem peperiksaan percubaan PMR 2011. Walaupun secara tidak dirancang, solat hajat berlangsung sempurna dengan kehadiran lebih 20 orang pelajar di Surau sekolah. Tuan Pengetua sempat memberi tazkirah kepada pelajar. Antara amanat beliau adalah; tingkatkan pencapaian PMR kerana pencapaian percubaan baru-baru ini kurang berbanding pencapaian percubaan PMR tahun lepas. Banyakkan berdoa kerana selain usaha doa adalah salah satu ikhtiar kita untuk kejayaan.
Berilmu untuk Berjasa

0 Response to "Majlis Solat Hajat"

Catat Ulasan

Powered by Blogger