Majulah Guruku... Perancangan mantap PPD Mersing

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T, Bengkel pendedahan kerjaya guru cemerlang (Majulah Guruku) berjaya disempurnakan hasil kerjasama padu PPD Mersing dan MGC mersing pada 28 April 2011. Dengan kehadiran yang amat baik sekitar 180 orang peserta daripada jangkaan 250 orang, ia disifatkan berjaya. Program yang bermatlamat meningkatkan bilangan guru cemerlang sekolah menengah dan sekolah rendah daerah Mersing ini pada pandangan saya merupakan perancangan mantap pihak PPD Mersing bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik daerah ini. Tahniah diucapkan kepada pihak PPD Mersing, terutama sekali En Fakaruddin bin Husin atas 110% komitmen beliau dalam menjayakan program ini. Dengan objektif yang mulia ini, insyaallah bilangan guru cemerlang daerah ini akan bertambah dari masa ke semasa. Tidak lupa kepada semua GC daerah Mersing yang bertungkus lumus menyediakan bahan dan menyampaikan maklumat serta informasi berkenaan permohonan jawatan guru cemerlang. Bagi guru daerah ini yang tidak bersama semasa program tetapi mahu memohon, tuan boleh berhubung dengan setiausaha MGC daerah atau melayari blog MGC Mersing untuk mendapatkan bahan.

Berilmu untuk Berjasa

0 Response to "Majulah Guruku... Perancangan mantap PPD Mersing"

Catat Ulasan

Powered by Blogger