By Lauser Dan
,
0 Comments

Assalamualaikum..
Syukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan izinNya hari anugerah kecemerlangan pelajar dapat berlangsung dengan sempurna. Pada 21hb Mei 2011, bertempat di Dewan Zubedah SMK Ungku Husin buat pertama kalinya anugerah kecemerlangan ini menganugerahkan guru sebagai penerima anugerah. Satu pendekatan bijak pihak pentadbir bagi menyuntik katalis agar guru lebih berusaha dengan gigih untuk kecemerlangan sekolah. Tahniah kepada guru sains PMR dan SPM kerana berjaya menunjukkan peningkatan kualiti sehingga menerima penghargaan untuk PMR dan SPM. Semoga penghargaan ini membakar semangat kita untuk lebih cemerlang di hari muka. Tahniah!!!
Berilmu untuk berjasa
Untuk Lagi Gambar semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, sila
klik di sini.
By Lauser Dan
,
0 Comments
Assalamualaikum..
Pada 24 -26 Mei 2011 akan diadakan Persidangan MGC Johor bertempat di Damai Hotel Resort Desaru Kota Tinggi Johor. Daerah Mersing diketuai oleh Pengerusi MGC Mersing En Kungi Kuaya akan menyertai persidangan kali ini. Berikut adalah wakil daripada sekolah ini yang akan menyertai persidangan kali ini.
Rosdan bin Kamarulzaman (GC Sains)
Wan Bazli bin Wan Fafiz (GC Agama Islam)
En Kungi Kuaya bin P. Mohamad (GC Pendidikan Jasmani)
Insyaallah, Ilmu yang diperolehi semasa persidangan akan dikongsikan bersama-sama dengan guru-guru.
Berilmu Untuk Berjasa
By Lauser Dan
,
0 Comments
Assalamualaikum,
Rancangan khas (RK) di bawah kelolaan Puan Siti Farah bt Ibrahim akan mengadakan Bengkel teknik menjawab Sains dan Matematik khas untuk pelajar Rancangan Khas (RK). Berikut adalah ketetapan program berkenaan.
Tajuk program: Bengkel teknik menjawab Sains dan Matematik
Tarikh: 11 Mei 2011
Masa: 7.45 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Bilik Digital, Pusat Sumber SMK Ungku Husin
Penceramah sains: Encik Rosdan
Penceramah matematik: Puan Mariam
Untuk guru sila
klik di sini untuk muat turun skema latihan.
Berilmu untuk Berjasa
By Lauser Dan
,
0 Comments
By Lauser Dan
,
0 Comments
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak Jabatan Pelajaran Johor kepada guru-guru yang telah melahirkan inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran.
Adalah diingatkan bahawa anugerah ini bukan satu pertandingan.
Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.
Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :
18 April - 13 Mei 2011
Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).
Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.
Kategori Anugerah :
1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.