Akan Datang! Siri Skor A 1001 Soalan Sains PMR & SPM Bilingual (MS Word) - Untuk Guru Sahaja

Assalamualaikum, salam bertemu kembali..

Sebagai mantan KP Sains sekolah, saya seringkali menandatangani soalan sebagai penyemak soalan contohnya seperti soalan ujian selaras, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati pada guru sekolah antaranya:
  1. Soalan yang ditanya seringkali/ berulang / sama sepanjang tahun
  2. Soalan tidak mengikut spesifikasi / kehendak ujian atau peperiksaan
  3. Gambarajah soalan masih lagi menggunakan kaedah lama iaitu tampalan
  4. Soalan bukan dalam dwibahasa
  5. Soalan tidak kemas dengan terdapat beberapa kesalahan ejaan
  6. Skema soalan tidak lengkap dan masih lagi menggunakan tulisan tangan.
Antara masalahnya adalah:
  1. Kurang sumber
  2. Tidak tahu tentang aras soalan/ bagaimana mengenalpasti aras soalan
  3. Tak pandai scan/ Scanner tak ada/ ongkos
  4. Saya dulu band 2 sahaja, nak translate susah.
Atas sebab ini, maka timbullah idea 1001 soalan sains PMR dan SPM dwibahasa dalam bentuk softcopy. Ideanya pernah diutarakan pada catatan saya sebelum ini dan ia merupakan projek kecemerlangan saya pada tahun ini. Tujuannya hanya 1, untuk kemudahan kita bersama. Di sini saya cuma ingin survey adakah ada sesiapa yang berminat dengannya, kerana produk ini masih lagi dalam proses pemurnian. Sila komen catatan ini.

'Berilmu untuk Berjasa'


1 Response to "Akan Datang! Siri Skor A 1001 Soalan Sains PMR & SPM Bilingual (MS Word) - Untuk Guru Sahaja"

  1. Sila nyatakan nama dan sekolah kepada sesiapa yang berminat.

Catat Ulasan

Powered by Blogger