Bicara Pengarang: Selamat Bersara Tuan Pengetua.

Termenung sendirian takkala selesai meracun rumput di belakang rumah baru aku di kampung Berangan Tumpat, aku mendapat panggilan telefon daripada Sekolah. 'Ehh apa hal pulak ni sekolah telefon'... cepat-cepat aku menggangkat telefon dan kerani sekolah kata aku telah mendapat tawaran untuk mengisi jawatan guru cemerlang dan kena hadir ke PPD 8hb Disember 2010 Jam 3.00 petang. Alhamdulillah, syukurnya kepada tuhan, usaha ku berhasil juga. Dua kali aku memohon untuk dapat jawatan GC ni, kali pertama gagal... biasala tak tahu lagi selok belok permohonan. Ingatkan dah tak nak mintak dah GC ni...teringat lagi kata pengetua "Rosdan buat yang terbaik kali ini, jangan gagal lagi", Apa lagi Big Boss dah bagi green light, mintak jer la.. tut..tut dapat. Syukur sangat, walaupun permohonan ku untuk berpindah ke Kelantan gagal buat kali yang ke-4, tetapi dengan dengan sedikit berita gembira ini terubat juga luka di hati. Tapi perjuangan untuk mengajar di kampung halaman belum selesai, akan ku cuba lagi sampai dapat. Ntah kenapa, pada masa ini kuat terbayang di fikiran ku Tuan Pengetua. Yang ku maksudkan Cik Hajah Zubedah. Aku bukan nak bodek ex-Boss, tetapi kerana beliaulah aku berjaya mendapat GC Sains ini. Masih ku ingat sewaktu awal kedatangan beliau ke sekolah ini, kerap kali aku ditegur beliau kerana kecuaian dan ketidakcekapan ku menjalankan tugas sebagai KPS Sekolah. Fuh pedas juga sekali sekala suara macam laser singgah dekat telinga ni.. kalau mak bapak marah kita lain rasanya. Tetapi kenapa yer aku rasa semacam ada aura aje Pengetua aku ni, pernah sekali tu aku geram sangat dengan beliau kerana memberiku markah prestasi yang rendah pada tahun 2009. Fuh bukan main lagi semangat berkobar-kobar ni nak menuntut hak la kononnya.. Bila masuk jer bilik beliau, aii tuhan jer la yang tahu. Kecut beb.. Terkebil-kebil duduk dekat kerusi, siap dengar nasihat lagi daripada beliau. Fuh hebat, sememangnya beliau memang hebat. Patutlah beliau disegani di Daerah Mersing mahupun di Negeri Johor. Sememangnya, orang seperti beliau sukar dicari ganti. seorang yang tegas, keras dan berprinsip. Yer keras woi...tapi ada lembutnya.. bila kena gaya. Seorang yang berani melakukan perubahan demi kebaikan semua.. dan yang paling penting sekali orang yang telah menolongku dalam meniti karierku sebagai seorang guru. Kekadang bila tidak mendengar suara beliau terasa sunyi pulak, Macam mesyuarat profesional pertama, terasa sunyi jer. Tak ada dah leteran dan ayat-ayat berbisa kedengaran. Walau apapun terima kasih tuan pengetua atas jasa mu yang telah dicurahkan. Akan ku kenang jasamu hingga ke akhir hayat. Selamat bersara Tuan, semoga Allah s.w.t memberikan kesihatan yang baik dan keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin..

0 Response to "Bicara Pengarang: Selamat Bersara Tuan Pengetua."

Catat Ulasan

Powered by Blogger