Seminar Teknik Menjawab Soalan Sains SPM 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih ada lagi di dunia ini. Sebagai makluman, pihak panitia Sains SMK Ungku Husin akan mengadakan seminar teknik menjawab soalan Sains kepada calon-calon SPM yang mengambil matapelajaran Sains Teras.
Berikut adalah butiran Program berkenaan:

Nama Program: Seminar Teknik Menjawab Soalan Sains SPM
Jumlah pelajar terlibat: 150 orang pelajar.
Tarikh: 21 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 12 tengahari.
Tempat: Dewan Besar Zubedah

Diharapkan program ini akan meningkatkan peratus pencapaian sekolah yang mana agak mengecewakan semasa percubaan SPM yang lepas. Semua guru yang mengajar subjek sains di minta untuk hadir semasa seminar berlangsung bagi memantapkan lagi program dan agar golongan Halus (Harus lulus) diberi perhatian yang sewajarnya. Sekian

Berilmu untuk Berjasa

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Menengah Daerah Mersing

Assalamu a'laikum dan Salam 1 Malaysia

Berikut dilampirkan jadual peperiksaan akhir tahun untuk semua sekolah di dalam daerah Mersing.

Wassalam.

Tajuk tajuk penting Sains PMR 2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Berikut adalah tajuk-tajuk penting untuk panduan kepada pelajar bagi menghadapi sains PMR 55/2 pada tahun 2011. Cikgu tak kata tajuk ni confirm keluar exam. Tapi sebagai panduan sahaja kepada pelajar.
1.Transformer
2.Urinary system
3.Peneutralan
4.Tumbesaran manusia dan kitar haid
5.Fotosintesis
6.Piramid makanan
7.Sistem sokongan manusia dan tumbuhan
8.Sistem Tuas
9.Sistem solar – Lahir mati bintang
10.Kereaktifan logam

Selamat Berusaha.

Berilmu untuk Berjasa

Powered by Blogger