PROGRAM CREATIVE SCIENCE FOR SCHOOL (CSS)

Petrosains merupakan sebuah Organisasi di bawah tajaan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) yang tidak berasaskan keuntungan.
Pihak Petrosains menawarkan Program "Creative Science Fof Schools" kepada pelajar-pelajar. Program ini merupakan program di mana sains dan matematik dijadikan asas yang menarik melalui aktiviti secara "hand-on" dan penemuan yang menyeronokan. Program ini direka khas untuk menyokong dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sains dan matematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pihak sekolah digalakkan membuat perancangan dan menyertai program ini sebagai salah satu aktiviti luar kelas dan menambah nilai pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Sebarang pertanyaan tentang program ini boleh diajukan kepada Puan Izhana Fitri Mohd Rawi di talian 03-23311097 atau En Nor Azhar Ishak di talian 03-23311851.

Maklumat lanjut sila layari www.petrosains.com.my


Berilmu untuk Berjasa

Program 2 Minit Bercerita Tentang Sains

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia


Pihak Panitia Sains SMK Ungku Husin pada tahun ini memperkenalkan program 2 minit bercerita tentang sains semasa perhimpunan sekolah. Seperti Panitia BM yang memperkenalkan peribahasa mingguan, pihak panitia merasakan perlu untuk pelajar mendapat input berkaitan dengan sains semasa perhimpunan sekolah ini. Objektifnya adalah untuk menyedarkan masyarakat sekolah tentang kepentingan sains dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, program ini juga diharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan warga sekolah berkaitan tentang sains. Diharap program mendapat maklum balas positif daripada pelajar.

Berilmu untuk Berjasa

Powered by Blogger