Mesyuarat Penyelarasan FST Mersing 2011

Assalamualaikum

Pada 25hb April 2011, satu mesyuarat penyelarasan festival sains peringkat daerah Mersing telah diadakan di bilik mesyuarat SMK Mersing. Hasil daripada mesyuarat, berikut adalah ketetapan FST Mersing secara rasmi.

Program: Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Mersing 2011
Tarikh: 5 Mei 2011
Tempat: SMK Mersing Johor

SMK Ungku Husin seperti biasa diberi tugas selaku pengendali buku program festival. Untuk pengetahuan juga, pertandingan bot solar tidak dipertandingkan pada tahun ini pada peringkat daerah. Berikut adalah kertas kerja program dan syarat syarat pertandingan.

Berilmu untuk Berjasa

Serampang dua mata lawatan Kelab Pencegahan Jenayah 2011




Assalamualaikum

Pada 17 dan 18 hb April 2011, satu lawatan anjuran kelab pencegahan jenayah sekolah ini telah diadakan. Lawatan utama ke Penjara Dusun Dato' Murad Melaka yang bertujuan menyedarkan pelajar tentang kesan melakukan jenayah ini telah diselit dengan aktiviti Sains di mana pada 17 hb April iaitu pada hari ahad pelajar sekolah ini telah ke Planetaium Negara dan Pusat Sains Negara. Di Planetarium Negara, pelajar banyak didedahkan dengan teknologi penerokaan angkasa lepas. Ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar bagi mempelajari sains. Di susuli dengan lawatan kedua ke Pusat Sains Negara yang mempamerkan replika dinasour gergasi dari zaman pra sejarah. Diharap lawatan pada kali ini dapat di manafaat oleh pelajar agar lebih meminati Sains.

Berilmu untuk Berjasa



Jadual Kelas Tambahan April 2011

Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah, setakat hari ini kedatangan pelajar ke kelas tambahan untuk subjek Sains tingkatan 3 amat memuaskan. Lebih daripada 80% kehadiran pelajar adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Kesungguhan pelajar untuk menambahkan ilmu tambahan ini seharusnya diberikan pujian oleh pihak pentadbir sekolah. Pujian ini mungkin akan menaikkan lagi semangat pelajar lain untuk menghadiri kelas tambahan ini. Mudah mudahan momentum ini diteruskan sehingga ke hari peperiksaan PMR dan SPM sebenar kelak. Insyaallah..
Untuk jadual kelas tambahan tingkatan 3 dan 5 untuk April 2011, pelawat boleh klik di sini.

Contoh Soalan FST - Saintis Muda SM

Assalamulaikum W.B.T

Berikut adalah contoh soalan Pertandingan Saintis Muda SM yang saya dapati daripada laman engkabang.net. (permintaan Cikgu Yanti daripada ruangan komentar)

Maklumat Mengenai FST Mersing 2011

Assalamualaikum W.B.T

Maklumat tidak rasmi FST Mersing 2011 berkemungkinan besar akan di adakan pada akhir bulan April 2011. Lokasi pertandingan masih lagi dalam perbincangan pihak Pejabat Pelajaran Daerah Mersing. Oleh itu adalah diminta agar guru-guru yang terlibat dengan pertandingan agar bersedia lebih awal. Antara guru yang terlibat adalah:
  1. Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan - En Rosdan bin Kamarulzaman
  2. Pertandingan Bot Solar - En Suhata bin Tamin
  3. Pertandingan Roket - En Danial Isarli dan En Shahrul
  4. Pertandingan Cooking With Nature - Pn Marlina bt Abdul
  5. Pertandingan Saintis Muda -
Syarat pertandingan secara rasmi akan dimuat turun dalam laman web PPD Mersing tidak lama lagi manakala maklumat awal boleh lah di dapati di sini.

Powered by Blogger